
Anda masih ingat dengan pengumuman Mforce Bike Holdings (Mforce) tentang isu muffler ekzos QJMOTOR AX200S?
Ya… Mforce sebenarnya sudah memaklumkan apa tindakan yang akan dilakukan sebagai langkah penyelesaian mengenai isu muffler skuter AX200S. Cerita itu ada di sini: Mforce AX200S.

Berdasarkan maklumat yang kru kami terima, program panggilan balik membabitkan skuter QJMOTOR AX200S dan kerja-kerja penggantian muffler sebenarnya sudah pun bermula.
Kerja-kerja penggantian untuk unit-unit skuter terjejas bermula selepas Mforce menerima kiriman bekalan komponen muffler daripada pihak prinsipal (QJMOTOR).
Untuk semak sama ada skuter anda terlibat, semakan secara online boleh dibuat menerusi laman web khas ini: https://productrecall.mforceservice.my/

Kenapa ‘recall’ skuter QJMOTOR AX200S?
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam
menjamin kualiti produk, kebolehpercayaan serta kepuasan pelanggan yang optimum.
Program ini dibuat selepas mengenal pasti ada kemungkinan berlaku keretakan
pada bahagian komponen muffler.
Sebab itu Mforce ambil langkah proaktif mengadakan kempen balik balik dan memperkenalkan muffler dipertingkat untuk memastikan ketahanan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.
Apa perlu pemilik buat?
Pemilik skuter QJMOTOR AX200S yang terlibat atau tersenarai dalam program panggilan balik… anda dinasihatkan segera menghubungi atau mengunjungi pengedar sah di mana pembelian asal.
Ini adalah untuk memudahkan pengaturan proses penggantian dibuat.
Pelanggan juga boleh semak status skuter mereka di laman web ini: https://productrecall.mforceservice.my/
Proses penggantian muffler ini dilakukan secara percuma, tiada bayaran untuk alat ganti dan upah kerja.
Apa status skuter AX200S lain?
Mforce mengesahkan semua unit pengeluaran baharu untuk model QJMOTOR AX200S bermula bulan ini sudah menggunakan muffler yang dipertingkat. Bukan lain komponen ekzos lama.
ARTIKEL BERKAITAN QJMOTOR AX200S
- MForce bakal jalankan kempen panggilan balik untuk tukar ekzos semua skuter QJMOTOR AX200S
- Tempahan QJMOTOR AX200S lebih 5,000 unit, kiriman stok skuter ditingkatkan bulan ini
- Pilih Mana Satu: Aveta Nova 160 (2025) atau QJMOTOR AX200S (2025)?
- Pilih Mana Satu: Honda Vario 160 (2025) atau QJMOTOR AX200S?
- QJMOTOR AX200S akan ada di kedai-kedai motosikal MForce bermula minggu depan (20 Jun 2025)
- Pilih Mana Satu: Yamaha NVX 155 atau QJMOTOR AX200S?
- Tak masuk akal…. skuter QJMOTOR AX200S ada brek ABS depan belakang, ada TCS, meter touch screen tapi harga RM7,988
- Skuter QJMOTOR AX 200 S akan lancar di Malaysia, siap brek ABS depan-belakang
- QJMOTOR AX200S akan lancar 2 minggu lagi, harga badan bawah RM8,000

