Satu notis panggilan balik dikeluarkan Suzuki Malaysia untuk dua model motosikal 250cc iaitu Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki Gixxer SF 250.
Kempen recall ini adalah untuk membuat pemeriksaan dan jika didapati ada keperluan, Suzuki Malaysia akan tukar kaliper brek belakang untuk motosikal terjejas.
Penukaran ini akan dibuat secara percuma menerusi pusat-pusat servis bertauliah Suzuki Malayisia.
Anggaran masa untuk pemeriksaan ialah sekitar 10 minit dan jika didapati motosikal anda terlibat, kerja-kerja penukaran mungkin mengambil masa selama satu jam.
Model yang terlibat dalam kempen ini ialah memiliki nombor casis berikut:
NOMBOR CASIS V.I.N.
SUZUKI GIXXER 250 (GSX250RL)
- PRLED241ZR0100002 – PRLED241ZR0101260
- PRLED241ZS0100001 – PRLED241ZS0100353
SUZUKI GIXXER SF 250 (GSX250FRL)
- PRLED221ZR0100003 – PRLED221ZR0101022
- PRLED221ZS0100001 – PRLED221ZS0100360
Tapi bukan semua model Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki Gixxer SF 250 dengan nombor V.I.N di atas terlibat. Suzuki Malaysia memaklumkan hanya 2,538 unit motosikal terlibat.
HUBUNGI SUZUKI MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, pemilik motosikal boleh menghubungi pihak Suzuki Malaysia melalui:
- Talian khidmat pelanggan: 019-2272254
- Emel: info@suzuki.com.my.
Talian khidmat pelanggan dibuka mengikut hari dan masa seperti di bawah ini:
- Isnin hingga Khamis:: 8:20 pagi hingga 1 petang dan 1:50 petang hingga 6 petang.
- Jumaat: 8:20 pagi hingga 12:40 tengah hari dan 2:30 petang hingga 6 petang.


