
Sudah ada lebih 10,000 skuter dan motosikal elektrik didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara untuk tempoh separuh pertama 2026 (Januari hingga Jun).
Jumlah pendaftaran sebenar ialah 10,894 unit dan berjaya memintas rekod jualan 10,781 unit sepanjang tahun 2025.

Persatuan Penjual Motosikal Eletrik Malaysia (PPMEM) menjangkakan sasaran jualan terkumpul untuk tahun 2026 ialah 15,000 unit iaitu 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Jika diikuti situasi semasa, jualan skuter/motosikal elektrik melonjak naik terutamanya pada bulan Mei dan Jun 2026 yang dipercayai disebabkan adanya skim Mforce.Cas.
Susulan sambutan memberangsangkan, Mforce ada membuat hebahan untuk melanjutkan skim insentif rebat RM2,400 untuk pembelian motosikal dan skuter sehingga 15 Julai 2026 (esok).
Mungkin selepas tamatnya insentif rebat Mforce.Cas, realiti sebenar sambutan pengguna terhadap EV boleh nampak dengan lebih jelas.
Artikel Berkaitan
- Mforce Sambung Insentif Rebat RM2,400 untuk Pembelian EV Sehingga 15 Julai 2026
- Semakin ramai rakyat Malaysia beli skuter elektrik kerana trend atau ada insentif?
- Mforce.Cas sediakan rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian skuter elektrik
- Apa nasib masa depan motosikal & skuter elektrik di Malaysia tanpa MARiiCas?
- Ada harapan Program MARiiCas akan disambung sehingga tahun 2026?
- Lebih 10,000 unit motor/skuter EV didaftarkan tahun 2025, apa status MARiiCas?
- MARii:”Program MARiiCas ditutup. Tidak dibuka untuk sebarang permohonan pada masa ini”
