Honda Vietnam bakal lancar Vario 125 Street & Vario 125 Special Edition (2027) Ogos ini

Selepas lancar Malaysia, dua varian skuter kecil Honda Vario 125 Street dan Vario 125 (2026) akan diperkenalkan di Vietnam tidak lama lagi.

Di Vietnam, dua varian ini akan dipanggil Street Edition (2027) dan Special Edition (2027). Inilah model Honda Vario 125 pertama diedarkan di Vietnam menggunakan enjin piawaian Euro 4.

Honda Vario Street Edition (2027) menggunakan hendal jenis terdedah manakala Vario Special Edition (2027) ada panel untuk menutup bar hendal dan meter.

Skuter Vario Street Edition nampak berjiwa muda dengan liveri dan grafik badan berwarna terang. Ada dua warna skuter iaitu:

  • Hitam dengan rim oren
  • Hitam dengan rim putih

Vario Special Edition pula berwarna matte baharu untuk memastikan penampilannya nampak lebih premium dan matang.

Skuter edisi 2027 ini akan masuk ke pasaran Vietnam seawal Ogos 2026. Antara ciri menariknya ialah:

  • Sistem pencahayaan LED penuh dengan rekaan baharu di bahagian hadapan.
  • Enjin 125cc dengan sistem Mula-Henti (idle stop).
  • Meter jenis LCD.
  • Ruang simpanan 18 liter bawah tempat duduk.
  • Soket USB Type-C menggantikan versi Type-A.
  • Vario 125 menggunakan sistem kemasukan kunci pintar.
  • Ada Sistem Kombi (Combined Braking System – CBS).

Artikel Berkaitan

Gambar Honda Vario 125 Street (Malaysia)