Nuraifa Ainina diumum pemenang Honda Vario 125 Street x KATUN

Graduan muda jurusan kejuruteraan pembuatan, Nuraifa Ainina Abd. Samad diumumkan sebagai pemenang skuter eksklusif Honda Vario 125 Street x KATUN.

Ainina, 24, dipilih daripada lebih 180 peserta untuk bawa pulang skuter Vario 125 Street dengan hasil solekan badan oleh KATUN.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KATUN_ (@katun_)

Ainina berkongsi kisahnya berulang alik setiap minggu dari Hulu Langat, Selangor ke Melaka untuk menimba ilmu di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, sehingga berjaya menamatkan pengajiannya. Motosikal tunggangannya ialah Honda Dash 125 Repsol Edition.

Perkongsiannya itu menarik perhatian Boon Siew Honda yang memutuskan untuk memilih Ainina sebagai pemenang skuter Honda Vario 125 Street x KATUN.

Ainina menerima hadiahnya pada satu sesi khas selepas upacara pembukaan rasmi Honda Impian X – Kuek Motor Nilai hari ini.

Pertandingan yang menawarkan hadiah utama Honda Vario 125 Street x KATUN ini diadakan pada 9 hingga 23 April 2026.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Kunitomo Asano berkata:

“Honda Vario 125 Street dibina untuk generasi urban baharu, mereka yang menghargai individualiti, kreativiti dan keberanian untuk mara ke hadapan.

“Melalui hasil seni KATUN dan pemberian hadiah ini, kami mahu berhubung dengan penunggang di tahap emosi. Melihat seseorang seperti Ainina yang sudah menunjukkan keazamannya, membawa pulang skuter ini, itulah menjadikannya suatu yang tidak dapat dilupakan.”