‘Kuda Belang’ Aveta diuji di DAM Rally Adventure 2026?

aveta taro D03

Aveta Motor Malaysia nampaknya ada membawa sebuah model skuter misteri ke acara DAM Rally Adventure 2026 di Felda Sungai Klah, Sungkai di Perak pada akhir bulan Jun lalu.

Aksi skuter misteri itu yang dikenakan seragam ‘kuda belang’ ada muncul dalam rakaman video yang dikongsi Aveta Malaysia di Facebook dan YouTube.

Persoalannya, adakah ini satu lagi skuter adventure yang akan dilancarkan dalam masa terdekat selain model Vanguard Limited Edition?

Berdasarkan apa yang dilihat dalam rakaman tersebut, skuter misteri itu nampak macam ada  iras-iras skuter TARO D03 yang turut dikenali dengan beberapa nama lain antaranya Italica Cyber dan Wottan Sixteen.

Belum ada maklumat lanjut mengenai kapasiti enjinnya sama ada 125cc atau 169cc. Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi Aveta Malaysia nanti….

TARO D03