Honda Vario 125 (2026): Tampil lebih segar, 3 warna pilihan, harga badan RM7,268

Dua bulan lalu, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan varian Honda Vario 125 Street ke pasaran tempatan.

Ada yang menjangkakan varian Street itu akan mengambil alih tempat skuter Vario 125. Nampaknya, itu tidak benar.

BSH mengumumkan Honda Vario 125 (2026) serba baharu akan memasuki pasaran tempatan bermula 22 Jun 2026 dengan tiga warna pilihan iaitu Green, Magenta dan Matte Black.

Harga badan untuk Honda Vario 125 (2026) ialah RM7,268 iaitu lebih murah RM200 berbanding versi Street.

Honda Vario 125 serba baharu ini menerima rekaan semula wajah hadapan yang nampak agresif. Sistem pencahayaan LED depan-belakang direka semula. Tidak lupa juga grafik badan yang lebih segar.

Skuter ini ada beberapa ciri moden yang dijangka menarik minat pengguna seperti:

  • Soket USB Type-C untuk mengecas telefon pintar
  • Sistem Henti Lahu (Idling Stop System – ISS)
  • Sistem kekunci pintar (Honda Smart Key)
  • Sistem Brek Kombi (CBS) dan brek parkir
  • Meter digital LCD
  • Ruang simpanan 18 liter bawah pelana

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Kunitomo Asano berkata:

“Bersama Vario 125 Street, Vario 125 serba baharu mengukuhkan strategi dua tonggak yang jelas untuk barisan Vario 125 di Malaysia.

“Varian Street menawaarkan watak berani dan ekspresif, Vario 125 serba baharu pula mewakili hala tuju lebih halus dan praktikal yang direka untuk mobiliti harian.

“Bersama-sama (dua varian Vario 125), ia mengukuhkan komitmen Honda untuk memberi pilihan yang bermakna, berasaskan kebolehpercayaan, kecekapan dan kepercayaan.”

Spesifikasi Honda Vario 125 (2026)

  • Enjin 1 silinder 124.9cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa 8.6 kW @ 8,500rpm
  • Tork 11.7 Nm @ 5,000rpm
  • Transmisi automatik
  • Tangki minyak 5.5 liter
  • Berat kasar 111kg
  • Fork teleskopik dengan absober tunggal di belakang
  • Saiz tayar depan 90/80-14, tayar belakang 100/80-14
  • Brek depan jenis cakera, belakang dram

Artikel Berkaitan