
Nampaknya…. ada satu lagi skuter elektrik masuk pasaran Malaysia. Model ini dibawa oleh MForce Bike Holdings (MForce) dan diperkenalkan sebentar tadi.
Model ini ialah EZI TS-1 dan didatangkan dengan 3 warna pilihan iaitu putih, oren dan biru. Harga badan RM4,288.
Skuter ini menggunakan seunit motor elektrik pada hab belakang berkuasa 2,000W dan menggunakan bateri Graphene 72V 32Ah. Bateri jenis tak boleh tanggal. Kena cas terus melalui soket di badan skuter.
Sekali cas, skuter ini boleh ditunggang sehingga 100km dan masa untuk cas penuh ialah 8 jam 30 minit untuk 0 peratus hingga 100 peratus.
Kelajuan maksimum skuter ini ialah sekitar 65 hingga 70km/j.
Skuter ini guna kad NFC dan ada kunci remote diberikan sekali. Meter jenis TFT berwarna 7 inci.
Ada soket USB Type-A, brek cakera depan belakang siap ada CBS, 3 mode tunggangan dan ada Walk Assist Function (atau mode E).
PERINCIAN
- Unit motor elektrik digunakan 2,000W jenis hab di roda belakang.
- Sistem brek cakera depan dan belakang beserta Sistem Brek Kombi (CBS)
- Skuter guna rim 12 inci dengan tayar depan 90/90 dan tayar belakang 100/80.
- Ketinggian tempat duduk 755mm dan jarak roda pula 1,300mm.
- Berat skuter tanpa bateri ialah 82kg.
- Meter digunakan jenis digital LCD bersaiz 7 inci
- Ada soket USB Type-A
- Menggunakan kad NFC dan sistem kemasukan tanpa kunci untuk hidupkan skuter.
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Ada ruang simpanan depan (front pocket) dan bawah tempat duduk
- Bateri disimpan bawah lantai kaki (tempat letak kaki penunggang) dan tidak boleh ditanggalkan.
- Ada tiga mod tunggangan iaitu 1, 2 dan 3.
- Ada lampu kecemasan dan fungsi Auto Cruise
ARTIKEL BERKAITAN
- EZI NEO-02: Skuter elektrik moden sesuai untuk kegunaan bandar dan kampus universiti
- YADEA RS20: Skuter elektrik mampu milik, harga badan RM4,998
- YADEA Velax: Skuter elektrik baru lancar sudah sertai Program MARiiCas, ada rebat RM2,400!










