
KOVE ialah satu jenama motosikal yang usianya belum sampai setahun di Malaysia. Pun begitu, mereka sudah mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Motosikal Tahunan (MMOTY) 2026.
Jenama motosikal China ini diuruskan MDua Motor Sdn. Bhd. (MDua Motor) iaitu anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI). Selain KOVE, MDua Motor juga menguruskan jenama MODA.
Menerusi Anugerah Motosikal Tahunan (MMOTY) 2026, KOVE Malaysia menerima dua pengiktirafan iaitu:
- Motosikal Adventure Terbaik 2026: KOVE 800X GT
- Juara Keseluruhan MMOTY 2026: KOVE 450R
Ini adalah dua daripada sejumlah tiga model yang dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada Oktober 2025. Satu lagi model yang tidak tersenarai dalam MMOTY ialah KOVE 450 Rally.
ARTIKEL LAIN
- KOVE 350RR dan KOVE 450RR (2026) bakal masuk pasaran Jepun bermula Ogos ini
- Honda CBR400R FOUR E-Clutch: Model konsep sportbike ‘lahir’ kerana China?
- MODA Aero E (2025) lancar dengan harga badan RM5,189, ada 2 warna pilihan
- MODA Moca (2025): Skuter kecil 110cc gaya retro, harga badan RM3,988
- MODA Shifter 400X dilancarkan dengan 2 warna, harga badan dari RM23,888
- MODA Sporter S (2025) gabung gaya sportbike dalam skuter, harganya RM17,888

