MODA Moca ialah skuter ketiga diperkenalkan ke pasaran Malaysia selepas skuter gaya sport MODA Sporter S dan skuter urban MODA Shifter 400X dalam tahun ini.
Jenama MODA diuruskan pihak MDua Motor di pasaran tempatan. MODA Moca ialah skuter berkapasiti 110cc yang tertumpu untuk mereka yang inginkan sebuah skuter asas untuk kegunaan harian.
Warna Pilihan
MODA Moca didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu:
- Neon Orange (oren)
- Piano Black (hitam)
- Ocean Blue (biru)
Harga MODA Moca
Skuter Moca ditawarkan pada harga badan RM3,988 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Harga ini untuk Semenanjung Malaysia tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Apa Ada Pada MODA Moca
Ada beberapa ciri dilengkapi pada skuter MODA Moca untuk memudahkan kegunaan harian iaitu:
- Ruang simpanan asas bawah pelana tempat duduk.
- Rak belakang dan cangkuk menggantung beg.
- Paparan meter digital.
- Brek cakera depan.
- Lampu hadapan dan lampu belakang LED.
Tempoh Jaminan
Moca didatangkan dengan jaminan 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km.
Opsyen Aksesori
Ada beberapa aksesori disediakan untuk pelanggan beli dan memasang pada skuter MODA Moca iaitu
- Penghadang angin (windshield)
- Kotak simpanan belakang (top box)
Spesifikasi MODA Moca
- Enjin 4 lejang satu silinder 108cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan udara.
- Kuasa maksimum 8hp @ 7,500rpm.
- Tork puncak 8.5Nm @ 6,500rpm.
- Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
- Tangki minyak 4.8 liter.
- Brek depan jenis cakera, brek belakang dram.
- Saiz tayar depan 3.0/10 tanpa tiub.
- Saiz tayar belakang 3.5/10 tanpa tiub.
- Fork depan teleskopik.
- Absober tunggal untuk imbangan belakang.
- Jarak roda 1,275mm.
- Tinggi pelana 738mm.
- Berat 89 kg.








































