Ramai orang sedang bercakap tentang skuter terbaru MODA Sporter S (2025) yang dilancarkan pada 3 Januari 2025 – selang sehari selepas Zontes 368G masuk Malaysia.
MODA ialah jenama skuter baru di bawah syarikat Mdua Motor Sdn. Bhd. – sebuah anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI). AMI ini juga pengurus rasmi jenama motosikal Suzuki untuk Malaysia.
MODA Sporter S (2025) didatangkan dengan satu varian saja tapi ada dua warna badan disediakan untuk pilihan pengguna – Sporty Red (merah) dan Meteor Grey (kelabu).
Skuter MODA Sporter S lahir dari inspirasi motosikal segmen sportbike. Ini kenyataan dikeluarkan sendiri pihak Mdua Motor.
Ada dua contoh yang boleh kita rujuk untuk kenyataan ini iaitu rekaan depan serta belakang dan juga warna badan MODA Sporter S.
- Rekaan: Lampu depan dan panel dada macam model Panigale dan lampu belakang macam Ducati Diavel. Meter RPM pun macam sebuah sportbike.
- Warna: Warna merah-putih menggambarkan ala Ducati dan kelabu-hijau dah macam Kawasaki pun ada.
Mdua Motor cakap MODA ini satu jenama tempatan baru dan Sporter S dipasang (model CKD) di kilang AMI di Glenmarie, Shah Alam (Selangor).
Harga jualan yang disyorkan untuk MODA Sporter S (2025) ialah RM17,888 tapi belum kira insurans dan cukai jalan. Agak mahal sedikit dengan Aveta Vanguard 250 yang baru diluncurkan Khamis lepas.
DATA TEKNIKAL (SPESIFIKASI) MODA SPORTER S 2025
- Enjin: 4 strok satu silinder SOHC penyejukan cecair (liquid cooled) dan pancitan petrol (Fi Bosch)
- Kapasiti: 244cc
- Pengurusan enjin: Elektronik (Bosch)
- Kuasa maksimum: 24.8hp @ 8,500rpm
- Tork maksimum: 22.5Nm @ 6,500rpm
- Transmisi: CVT, pacuan jenis tali sawat (belting)
- Brek depan: Cakera berkembar 260mm jenis terapung (floating), Sistem ABS
- Brek belakang: Cakera tunggal 240mm, Sistem ABS
- Tayar depan: rim 15 inci tayar 120-70 (tubeless)
- Tayar belakang: rim 14 inci tayar 140/60 (tubeless)
- Suspensi depan: fork teleskopik terbalik (upside down – USB)
- Suspensi belakang: penyerap hentak berkembar boleh dilaras
- Penghidup: elektrik
- Set penghidup dan kunci: keyless
- Jarak antara roda: 1,538mm
- Jarak dari bumi: 165mm
- Berat: 186kg
- Kapasiti tangki minyak: 13 liter