Anda boleh tunggang uji 3 model terbaru KOVE pada Sabtu ini (11 Oktober 2025) di Bumirai PJ

kove moto tunggang uji bumirai PJ

KOVE Moto Malaysia akan mengadakan satu sesi tunggang uji eksklusif kepada orang ramai untuk tiga model terbaharu mereka iaitu 450R, 450 Rally dan 800 X GT.

Ketiga-tiga model KOVE itu dilancarkan pada Selasa lalu di Kev Advenduro Park di Gamuda Gardens, Rawang.

Berhubung sesi tunggang uji eksklusif ini, ia akan diadakan pada Sabtu ini bertarikh 11 Oktober 2025 dari jam 9 pagi sehingga 6 petang di Bumirai Petaling Jaya. Ini poster hebahannya:

tunggang uji bumirai pj kove

Mereka yang berminat dinasihatkan memastikan mematuhi semua syarat yang ditetapkan pihak Bumirai / KOVE Moto Malaysia / MDua Motor. Jika ada pertanyaan, boleh hubungi nombor di atas atau ke Facebook KOVE Moto Malaysia.

Ini masanya… Jangan pula lepaskan peluang yang ada…