Boon Siew Honda terima 6 Anugerah Motosikal Tahunan (MMOTY) 2026

Boon Siew Honda (BSH) muncul sebagai pengeluar motosikal yang membawa pulang jumlah anugerah terbanyak pada majlis Anugerah Motosikal Tahunan 2026 (MMOTY).

Anugerah itu dimenangi daripada enam kategori utama dipertandingkan membabitkan model motosikal kapasiti enjin besar, skuter dan teknologi sistem klac.

Ini adalah senarai enam anugerah yang dimenangi BSH:

Ketua Pegawai Ekseksutif BSH, Kunitomo Asano berkata:

“Anugerah ini mencerminkan komitmen kami terhadap falsafah ‘Excite the World’. Daripada model touring flagship hingga ke motosikal kegunaan harian, kami sentiasa berusaha membawa inovasi bertaraf dunia serta aspek keselamatan kepada penunggang di Malaysia.

“Kemenangan dalam kategori yang merangkumi teknologi hingga ke keupayaan adventure membuktikan kami memenuhi keperluan pelbagai komuniti pengguna.”

Tahun lalu, BSH sempat merangkul dua anugerah dalam MMOTY 2025 iaitu:

  • Skuter Terbaik (Atas 250cc): Honda ADV350
  • Adventure Bike Terbaik (Bawah 800cc): Honda XL750 Transalp

Seiring dengan pencapaian ini, BSH mengumumkan peluasan strategik rangkaian premium Honda Big Wing untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada Wilayah Utara.

Peluasan ini meningkatkan jumlah keseluruhan pengedar Big Wing di seluruh negara daripada tujuh kepada sembilan premis.

Dua pengedar sah yang baru dilantik ialah:

  • Sin Sum Sun Motor Sdn. Bhd. (Pulau Pinang): Diterajui oleh Pengarah Urusan Encik Ooi Chin Keat dan Encik Ooi Chin Boon.
  • Thye Seng Motor Sdn. Bhd. (Kedah): Diterajui oleh Pengarah Encik Cheng Shiau Kian dan Pengarah Cik Tan Suan Hwang.

Kedua-dua cawangan ini dijangka mula beroperasi menjelang separuh kedua tahun 2026, menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen BSH terhadap aksesibiliti premium dan autoriti teknikal di Utara.