Aprilia SR GT 200 Sport kembali ke Malaysia dengan harga jauh lebih murah?

Aprilia SR GT 200 Sport kembali semula ke Malaysia dengan satu kejutan iaitu harga badannya kini ialah RM15,900 iaitu RM5,000 lebih murah berbanding model yang diperkenalkan sebelum ini.

Kalau anda masih ingat, Aprilia SR GT 200 pernah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022 dengan dua varian pilihan dan ini adalah harga badan pada ketika itu:

  • Standard: RM19,900 (harga pengenalan)
  • Sport: RM20,900

Harga badan ialah harga tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.

Kenapa Sekarang Makin Murah?

Kenapa harga badan sekarang semakin murah? Ini penjelasan terkandung dalam kenyataan diedarkan:

“Penyelarasan harga strategik ini bertujuan untuk meluaskan lagi peluang untuk penunggang Malaysia mendapatkan sebuah skuter dinamik dan bergaya yang menerapkan DNA perlumbaan Aprilia.”

Ini pula penerangan Pengarah Urusan Didi Group, Goh Kian Sin:

“Dengan harga baharu ini, kami berhasrat untuk membolehkan Aprilia SR GT 200 Sport lebih menarik untuk penunggang Malaysia.

“Ditambah dengan prestasi terbaik Aprilia dalam MotoGP musim ini, ini juga mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan kecemerlangan perlumbaan dan keseronokan tunggangan harian (kepada pengguna).”

Secara asasnya, spesifikasi untuk model Aprilia SR GT 200 Sport tahun 2022 dan 2026 adalah sama selain daripada perubahan warna badan dan talaan semula enjin.

Perbandingan Spesifikasi Aprilia SR GT 200 Sport 2026 vs 2022

Aprilia GT 200 Sport (2026)Aprilia GT 200 Sport (2022)
Enjin1 silinder SOHC iGET 4 injap.

Ada sistem Start & Stop
1 silinder SOHC iGET 4 injap.

Ada sistem Start & Stop
Kapasiti174cc174cc
Kuasa maksimum13kW @ 8,650rpm (17.4hp)13kW @ 8,500rpm (17.4hp)
Tork maksimum16.5Nm @ 7,000rpm16.5Nm @ 7,000rpm
Bore x Stroke61.5mm x 58.7mm61.5mm x 58.7mm
Nisbah mampatan--
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gearCVTCVT
Suspensi depanFork teleskopik 33mm, jarak travel 120mmFork teleskopik 33mm, jarak travel 120mm
Suspensi belakangAbsober berkembar boleh laras prabeban, jarak travel 102mmAbsober berkembar boleh laras prabeban, jarak travel 102mm
Tayar depan110/80 - 14110/80 - 14
Tayar belakang130/70 - 13130/70 - 13
Brek depanCakera tunggal 260mm, dengan sistem ABSCakera tunggal 260mm, dengan sistem ABS
Brek belakangCakera tunggal 220mm, tiada ABSCakera tunggal 220mm, tiada ABS
Panjang1,920mm1,920mm
Lebar765mm765mm
Tinggi-1,295mm
Jarak dari bumi--
Jarak roda1,350mm1,350mm
Tinggi tempat duduk-799mm
Tangki minyak9 liter9 liter
Berat-148kg

Galeri Gambar Aprilia SR GT 200 Sport