Promosi Gongxi Raya BSH: Harga Honda Vario 160 turun RM800 sehingga 31 Mac 2026

Bukan hanya RS-X Winner tetapi ada juga promosi Gongxi Raya untuk skuter Honda Vario 160.

Vario 160 adalah model yang tersenarai dalam fasa pertama kempen promosi Gongxi Raya oleh Boon Siew Honda (BSH) semenjak 13 Februari lalu dan akan berakhir pada 31 Mac 2026.

Untuk model Honda Vario 160, harga promosi yang diumumkan ialah RM9,398 seunit. Harga ini adalah harga badan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Ini bermaksud, mereka yang membeli model Vario 160 dalam tempoh promosi kempen akan menikmati penjimatan harga badan sebanyak RM800 berbanding harga asal yang disyorkan (RM10,198).

Kempen perayaan ini diadakan di semua pengedar sah Impian X dan Honda Select Shop di seluruh negara.

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat…. pencerahan dan maklumat terma serta syarat ini boleh diperoleh dari pengedar terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN