Honda Vario 160 (2025) datang dengan 3 warna baru, harga badan dari RM10,198

Honda Vario 160 (2025)

Boon Siew Honda melancarkan skuter Honda Vario 160 dengan tiga warna baru untuk tawaran tahun 2025.

Perubahan dibuat sebenarnya minimal iaitu tertumpu kepada penukaran warna badan skuter dan corak hiasan pelekat grafik.

Walaupun tiga warna diperkenalkan, harga diumumkan ada dua kategori skuter Honda Vario 160 iaitu versi Standard dan versi Special Edition.

Ini warna baru ikut harga badan yang Boon Siew Honda umumkan:

  • Yellow (versi Standard) – RM10,198
  • Silver (Versi ABS) – RM10,498
  • Matte Red (Versi Abs) – RM10,498

Honda Vario 160 (2025)

Honda Vario 160 (2025)

Honda Vario 160 (2025)