Model skuter Honda Vario 160 2024 untuk pasaran Malaysia kini tampil dengan dua pilihan warna baharu yang lebih menarik dan sporty iaitu Green dan Mat Blue. Harga jualan asasnya pula ditawarkan sebanyak RM 10,498.00, tidak termasuk insuran, pendaftaran dan cukai jalan.
Sebelum ini, Honda Vario 160 2023 dilancarkan pada bulan November 2022, dan kemudiannya diikuti dengan versi Repsol Edition pada bulan Julai 2023. Model tersebut dilengkapi enjin eSP+ bersesaran 156.9cc, dengan keluaran maksimum 15.14hp dan tork maksimum 13.8Nm.
Galeri : Honda Vario 160 2024