Promosi Gongxi Raya BSH: Harga badan Honda RS-X Winner mula dari RM8,498 untuk tempoh terhad

Boon Siew Honda (BSH) sedang mengadakan kempen perayaan Gongxi Raya yang menawarkan model popular Honda dengan promosi harga eksklusif untuk tempoh terhad.

Ada dua fasa kempen Gongxi Raya iaitu yang pertama untuk model skuter Vario dan kedua, sudah tentunya model supermoped Honda RS-X dan RS-X Winner.

Harga promosi untuk supermoped ini bermula dari RM8,498! Tawaran harga ini bermula hari ini iaitu 23 Februari sehingga 31 Mac 2026.

BERAPA DAPAT JIMAT?

Harga promosi itu secara asasnya memberi penjimatan sebanyak RM1,500 untuk semua model RSX dan RS-X Winner.

Harga ini tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

BELI DI MANA?

Kempen perayaan ini diadakan di semua pengedar sah Impian X dan Honda Select Shop di seluruh negara.

Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat…. pencerahan dan maklumat terma serta syarat ini boleh diperoleh dari pengedar terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN