Leten LT 190: Motor adventure cub dikesan sedang diuji di Malaysia

Satu lagi model motosikal jenis adventure cub sudah dikesan menjalani ujian endurance di sebatang jalan raya di Malaysia.

Klip video memaparkan dua penunggang uji menaiki motosikal yang nampak seperti Leten LT 190 meskipun beberapa bahagian cuba ditutup dengan pelekat kamuflaj hitam putih (stripe kuda belang).

Apa yang menarik tentang Leten LT 190 ini ialah statusnya sebagai motosikal cub tetapi menggunakan kotak gear CVT. Konsep pulas dan jalan.

Operasinya dikatakan mudah kerana Leten LT 190 ini tak ada gear kaki, brek kaki mahupun klac tangan.

Kami merasakan dua motosikal dalam video di atas adalah varian sama tetapi salah satunya ditambah kotak simpanan. Atau…. adakah dua versi berbeza? Dan…. bila akan lancar?

Jika anda pernah saksikan acara majlis Makan Malam MForce Lou Sang 2026, tayangan slid menunjukkan beberapa model akan datang dengan salah satunya ialah Leten LT 190 menggunakan jenama Brixton.

ARTIKEL BERKAITAN