Pemenang bertuah Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad ‘Yamaha x MPL’ akan diumum 16 November 2025

‘GAYA POP’ Blind Box ialah kempen terbaru anjuran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang menawarkan lima figura unik karakter Brody.

Tawaran istimewa lahir daripada kerjasama Yamaha dengan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY).

Berdasarkan maklumat, seramai 1,000 pemilik pertama skuter Yamaha NVX 155 Edisi SP akan menerima satu figura Brody NVX dan kad hologram eksklusif.

Untuk layak menerima ganjaran ini:

  • Anda perlu daftar NVX 155 Edisi SP yang dibeli dalam aplikasi Genblu Rewards.
  • Hadiah ikut konsep: siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.
  • Figura terhad kepada 1,000 unit dan mereka yang memenuhi terma dan syarat, figura akan dihantar melalui pos kepada penerima.

KOLEKSI FIGURA LAIN

Empat lagi figura Brody lain akan dijadikan hadiah percuma melalui aplikasi Genblu Rewards Points (GBR) di kedai pengedar sah terpilih Yamaha bermula 1 November 2025.

Untuk memiliki patung figura itu, anda perlu:

  • Buat tambah nilai semula (top-up) minimum RM80 di kedai pengedar sah Yamaha. Anda juga akan terima
  • 2.5x mata bonus (bersamaan 200 mata GBR)
  • Satu blind Box Figure ‘GAYA POP’ secara percuma (dengan setiap tambah nilai RM80)
  • Semua ini bergantung kepada stok sedia ada

CABUTAN BERTUAH

  • 200 mata GBR yang anda top-up itu boleh digunakan untuk menebus 1 penyertaan cabutan bertuah utama. Hadiah disediakan berupa skuter Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad ‘Yamaha x MPL’.
  • Pemenang akan diumumkan pada MPL MY Season 16 Grand Finals pada 16 November 2025.
  • Menariknya, penyertaan ini tiada had dan pelanggan boleh menebus seberapa banyak penyertaan yang mereka ingini.

HADIAH PENGUMPUL UTAMA

  • Seramai 3 pelanggan pertama yang berjaya kumpul 5 figura Brody (tema Yamaha x MPL) akan terima hadiah wang tunai RM3,000 setiap seorang dan kotak pameran kolektor edisi khas.
  • Malah 7 pelanggan seterusnya (tempat keempat hingga ke-10) yang kumpul set penuh figura Brody akan terima  kotak pameran kolektor eksklusif sebagai ganjaran.
  • Semua penyertaan dan hadiah ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.