
SELAIN NOVA 250, Aveta Motor Malaysia turut melancarkan model motosikal mini mereka iaitu Aveta Marvel 150 (2025) untuk pasaran tempatan.
Model kecil ini didatangkan dengan dua warna pilihan menarik iaitu Sonic Blue dan Mocha Blaze dan harga badan adalah RM7,988 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.
Aveta Marvel 150 dilengkapi dengan sepasang brek cakera depan-belakang, fork depan jenis terbalik (upside-down) serta klac tangan manual yang tindak balas tunggangan lebih responsif.
Bukan itu sahaja, motosikal terbaharu ini juga menggunakan sistem lampu pencahayaan LED sepenuhnya, ada soket pengecas USB Type-A dan meter jenis digital penuh.
Berikut ialah spesifikasi dan perincian Aveta Marvel 150:
GAMBAR MAJLIS PELANCARAN
GALERI GAMBAR
















































