Ranking jenama motor dan skuter paling laku di Malaysia separuh tahun 2025

Jumlah motosikal dan skuter yang didaftarkan untuk tempoh 6 bulan tahun 2025 hampir sebanyak 345,600 unit di seluruh negara. Dan kedudukan jenama masih tak ubah.

Untuk 6 bulan ini juga.. Yamaha masih kekal di nombor 1 jenama paling banyak didaftarkan. Honda di kedudukan kedua dan MForce bersaing di tangga ketiga.

Modenas (tempat ke-4) ada di belakang MForce tapi mendahului Aveta (tempat ke-5). Selepas itu ialah Suzuki (tempat ke-6) dan di tempat ke-7 ialah EuroTech (KTM dan Zontes).

Bulan Mei 2025 mendapat anggaran pendaftaran skuter dan motosikal terbanyak hampir 61,900 unit dan bulan paling teruk ialah Januari 2025..tak lebih 52,150 unit didaftarkan.

Enam bulan ini menyaksikan Yamaha mempunyai anggaran pendaftaran purata lebih tinggi 2 kali ganda berbanding Honda.

Yamaha miliki lebih 50 peratus daripada jumlah semua motosikal/skuter didaftaran untuk setiap bulan.

Pencapaian Honda separuh atau rendah lagi dari kejayaan Yamaha. Peratus pendaftaran motosikal dan skuter Honda: 22 – 25 peratus.

Data menunjukkan:

  • Honda menjual purata 12,900 hingga 14,300 unit motosikal dan skuter setiap bulan.
  • Yamaha menjual purata 27,700 hingga 35,500 buah motosikal dan skuter sebulan.

MForce mungkin boleh naik ke tempat kedua jenama dengan skuter/motosikal paling banyak didaftarkan kalau teruskan strategi yang mereka sedang buat.

Ini bukan benda pelik sebab MForce banyak perkenalkan model-model baru yang menarik dan harga marhaen macam skuter QJMOTOR AX200S atau Voge FR150 Formica Rossa.

Rekod MForce antara Januari sampai ke Jun 2025 menunjukkan peratus pendaftaran semakin naik sebulan demi sebulan.

  • Januari: 6,826 unit (13.10 peratus)
  • Februari: 7,643 unit (13.45 peratus)
  • Mac: 7,926 unit (12.61 peratus)
  • April: 8,147 unit (14.84 peratus)
  • Mei: 9,021 unit (14.58 peratus)
  • Jun: 8,842 unit (15.52 peratus)

MForce sudah nampak ada di laluan menuju ke arah misi: MForce mahu kuasai sehingga 20 peratus pasaran motosikal dan skuter Malaysia tahun 2025.

Bukan itu saja, kalau macam ini trend pendaftaran… akan ada satu jenama motosikal China-Taiwan memotong kedudukan jenama Jepun di Malaysia.

Banyak lagi model menarik akan datang tahun ini, macam skuter Nexy+ 180iEURO Griffin 180i, SYM Naga 150, Moto Morini 450 Allthrhike, QJMOTOR SRK250 RD, SRV250 AMT, X-WEDGE dan lain-lain.