Semenjak QJMOTOR AX200S datang ke Malaysia pada Mei 2025, ramai juga orang tanya soalan hampir sama dalam apa-apa live TikTok MForce…bila boleh dapat skuter AX200S?
Kru kami memperoleh khabar tentang jualan QJMOTOR AX200S iaitu jumlah tempahan sudah lebih 5,000 unit.
Didapati kiriman stok ke pengedar bergerak perlahan. Kalau tak silap, hampir 270 buah skuter QJMOTOR AX200S diedar ke kedai-kedai pengedar rasmi pada minggu akhir Jun 2025.
Menariknya, stok skuter QJMOTOR AX200S akan dikirim lebih banyak bermula bulan ini dengan harapan mencapai sasaran penghantaran hampir 2,000 unit.
AX200S dan SYM ADXTG400 (2025) mungkin boleh tingkatkan MForce dalam ranking senarai pengeluar motosikal dengan jualan paling banyak di Malaysia.
Boleh jadi jenama motosikal kedua paling laris di Malaysia… mungkin selepas pelancaran Euro Griffin 180i dan Nexy+ 180i, kedudukan carta akan berubah?