SYM MMBCU aka SYM Naga 150 juga akan masuk Malaysia, harga bawah RM9,000?

SYM MMBCU di Taiwan dikenali sebagai SYM Naga 150 di Vietnam. Ini model skuter kecil kelas 150cc dan akan masuk Malaysia tak lama lagi.

Skuter ini dibentuk dengan inspirasi (design concept) dari ular jenis Mamba. MMB ialah singkatan kepada Mamba. CU pula maksudnya siri skuter baru dalam rangkaian SYM. Singkatan kepada Crossover dan Unique.

Badan skuter SYM MMBCU atau SYM Naga 150 ini ada sifat-sifat macam ular Mamba. Ini boleh kita lihat pada badan skuter seperti panel dekat dengan lampu depan, lantai pemijak kaki dan panel tepi sebelah belakang. Corak sisik ular diaplikasi di tiga tempat ini.

Ergonomik atau ruang untuk penunggang pada skuter SYM MMBCU ini mendapat penelitian para jurutera bahagian R&D (penyelidikan dan pembangunan) Sanyang Motor (SYM). Penekanan diberi dengan mengoptimumkan kedudukan menunggang, kusyen tempat duduk dan lantai tempat letak kaki.

SYM MMBCU atau SYM Naga 150 menggunakan casis dengan sistem gantungan enjin anti-angkat (A.L.E.H – Anti-lift Engine Hanger System). Sistem A.L.E.H ini dikatakan memastikan pecutan awal lebih stabil dan selesa serta membantu mencegah berlakunya enjin skuter terangkat.

MMBCU juga memiliki kesimbangan agihan berat depan-belakang dengan kadar nisbah 50:50. SYM juga melengkapkan skuter MMBCU (Naga 150) ini dengan teknologi brek ABS depan-belakang dan Traction Control (Kawalan Cengkaman) untuk menambah baik keselamatan dan rasa yakin semasa menunggang.

Menariknya, ada skuter SYM MMBCU mendapat teknik salutan cat macam warna mutiara (pearl) bila terkena biasan cahaya atau melihat dari sudut tertentu. Tapi teknologi mengecat ini bukan untuk semua warna pilihan disediakan.

Belum ada data teknikal (spesifikasi) tentang model yang akan masuk Malaysia tapi ini spesifikasi di SYM MMBCU (Naga 150) di Vietnam:

SYM MMBCU (NAGA) 150
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti149.6cc
Kuasa maksimum10.6kW @ 8,000rpm (14.2hp)
Tork maksimum13Nm @ 7,500rpm
Bore x Stroke57.4mm x 57.8mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangmonoshock
Tayar depan120/70 - 13
Tayar belakang130/70 - 14
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang1,995mm
Lebar760mm
Tinggi1,125mm
Jarak dari bumi125mm
Jarak roda1,390mm
Tinggi tempat duduk810mm
Tangki minyak7.3 liter
Berat137kg
Bonus- Lampu LED penuh
- Ada soket USB Type-A
- Meter TFT
- Butang kawalan 3D
- Tempat letak cawan
- Lampu kecemasan
- Sistem Start/Stop

-