QJMOTOR SRK250 RD akan cetus perang sportbike 250cc 4 inline?

Cerita tentang QJMOTOR SRK250 RD pernah kami siarkan dan informasi terbaru yang diiterima mengatakan motosikal sport 4 silinder ini memang sah akan masuk Malaysia.

Apabila sudah masuk Malaysia, QJMOTOR SRK250 RD pastinya akan jadi satu pilihan baru dan bersaing sengit dengan model Modenas Ninja ZX-25R SE.

Tak pasti apa akan berlaku tapi mungkinkah kedatangan QJMOTOR SRK250 RD akan cetus perang baru dalam sportbike 250cc enjin 4-silinder selari (4-inline).

Kru kami mendapat infomasi terkini mengenai harga badan QJMOTOR SRK250 RD akan ditawarkan bawah paras RM23,000 dan ini boleh jadi satu fenomena baru.

Kalau model Modenas Ninja ZX-25R SE, harga badan sport bike ini ialah RM33,900. Beza harga dengan QJMOTOR SRK250 RD hanya RM10,900!

Tapi kami belum dapat informasi lengkap tentang teknologi yang ada pada sportbike QJMOTOR SRK250 RD. Apa yang kru kami boleh kongsikan ialah data teknikal (spesifikasi) motor:

QJMOTOR SRK 250 RD Modenas Ninja ZX-25R SE
Enjin4 silinder sebaris, DOHC, 16-injap4 silinder sebaris, DOHC, 16-injap
Kapasiti249cc250cc
Kuasa maksimum30kW @ 15,500rpm (40.2hp)34.5kw @ 15,500rpm (46.2hp)
Tork maksimum22Nm @ 12,500rpm22Nm @ 12,500rpm
Bore x Stroke50mm x 31.8mm50mm x 31.8mm
Nisbah mampatan-12.5 : 1
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual6-kelajuan manual
Suspensi depanFork USDFork 37mm USD (SFF-BP) boleh dilaras preload
Suspensi belakangMonoshockMonoshock boleh dilaras preload
Tayar depan110/70 - 17110/70 - 17
Tayar belakang150/60 - 17150/60 - 17
Brek depanCakera tunggal 320mmCakera tunggal 310mm
Brek belakangCakera tunggal 240mmCakera tunggal 220mm
Panjang2,020mm1,980mm
Lebar720mm750mm
Tinggi1,130mm1,110mm
Jarak dari bumi150mm118mm
Jarak roda1,375mm1,380mm
Tinggi tempat duduk808mm785mm
Tangki minyak16 liter15 liter
Berat176kg184kg
Bonus- Brek ABS depan-belakang
- Sistem lampu LED penuh
- Kaliper brek Brembo
*Maklumat penuh masih belum kami dapat*
- Brek ABS depan-belakang
- Ada Traction Control (KTRC)
- Klac Assist & Slipper
- Ada Quickshifter (KQS)
- Dua mod Full Power dan Low Power
- Meter TFT 4.3 inci berwarna dan boleh sambung telefon