QJMOTOR SRV250 AMT: Motor crusier paling santai & boleh tunggang macam skuter

QJMOTOR Malaysia sudah ada impian nak bawa masuk motosikal dengan kotak gear manual-automatik ke Malaysia tak lama lagi.

Kotak gear jenis kacukan ini biasanya dipanggil sistem transmisi automatik-manual atau AMT (Automated Manual Transmission).

Model yang akan dilancarkan itu ialah motosikal jenis cruiser QJMOTOR SRV 250 AMT.

Informasi yang kami dengar ialah pengenalan atau pelancaran QJMOTOR SRV 250 AMT dijangka dibuat sekitar Julai 2025 kalau tiada apa-apa perubahan lain.

Ini menampakkan QJMOTOR SRV 250 AMT akan dilancarkan lebih awal dari sportbike 4-silinder QJMOTOR SRK 250 RD.

Harga? Kru kami merasakan QJMOTOR SRV 250 AMT mungkin diperkenalkan dengan harga antara RM17,000 hingga RM18,000? Ini bukan harga rasmi tapi anggaran kami saja.

Dengan kedatangan QJMOTOR SRV 250 AMT, ini satu perkembangan baik untuk segmen cruiser di Malaysia.

Sebabnya…model QJMOTOR SRV 250 AMT ini menunaikan impian mereka yang sukakan motor cruiser tapi tak minat atau kurang mahir main klac manual.

Sesuai juga mereka yang lebih suka menikmati keseronokan perjalanan, bukan untuk golongan pencinta kelajuan.

QJMOTOR SRV 250 AMT tak ada brek kaki, pemijak gear dan klac tangan. Bahagian tempat letak kaki besar dan rata. Brek depan-belakang ada di hendal kiri dan kanan.

Transmisi QJMOTOR SRV 250 AMT boleh dipilih sama ada D (automatik) atau M (manual). Nak tukar gear boleh dibuat dengan tolak tombol + – di sebelah grip kiri.

Di sini kami kongsikan data perincian (spesifikasi) QJMOTOR SRV 250 AMT:

QJMOTOR SRV 250 AMT (2025)
Enjin2 silinder V-Twin, SOHC 2-injap
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum20.5kW @ 9,000rpm (27.9hp)
Tork maksimum23Nm @ 8,000rpm
Bore x Stroke58mm x 47.2mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearAMT dengan pacuan tali sawat (belt)
Suspensi depanFork teleskopik USD
Suspensi belakangdwi absober
Tayar depan120/80 - 16
Tayar belakang150/80 - 15
Brek depanCakera 280mm
Brek belakangCakera 240mm
Panjang2,110mm
Lebar850mm
Tinggi1,100mm
Jarak dari bumi160mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk700mm
Tangki minyak13.5 liter
Berat167kg