CFMOTO luncur skuter neo-retro CFMOTO Auro 150 (2025) di China

cfmoto aura 150 (2025)

CFMOTO meluncurkan model skuter CFMOTO Aura 150 dengan konsep neo-retro di China. Skuter ini satu bukti CFMOTO sedang cuba menghasilkan produk berbeza untuk lebih ramai pengguna.

CFMOTO belum menjual skuter di Malaysia. Kalau CFMOTO Aura 150 masuk sini, mungkin  boleh duduk sekampung dengan Vespa, Lambretta dan Royal Alloy. Ini rupa skuter terbaru CFMOTO:

Menariknya, skuter ini mendapat gaya bentuk klasik dari lampu depan ke rim sehingga ke belakang. Badan skuter ini dapat tambahan warna krom di beberapa tempat macam lampu, cermin sisi dan rim.

Walaupun bergaya klasik tapi Aura 150 dapat juga banyak ciri moden seperti lampu LED penuh, meter TFT  6.2 inci berwarna, boleh sambung meter dan telefon pintar.

Dapat juga sistem ABS untuk brek depan-belakang dan ada juga Traction Control. Butang dekat hendal pun semua jenis macam motor moden.

Skuter ini diaktifkan dengan cara keyless canggih iaitu guna kad NFC, pakai Bluetooth telefon bimbit, pakai aplikasi dalam telefon bimbit dan terakhir…aktifkan skuter menggunakan kata kunci (password).

Harga di China  11,980 Yuan (versi standard) dan 13,580 yuan (versi premium). Ini data teknikal (spesifikasi) CFMOTO Aura 150:

  • Ada balancer dalam enjin untuk kurangkan kesan getaran (vibration)
  • Enjin buatan CFMOTO tapi guna komponen dari Bosch (EFI), Fuji FCC Japan (transmisi CVT) dan American Gates (tali sawat v-belt).
  • Enjin satu silinder 149.5cc dengan sistem penyejukan cecair.
  • Kuasa maksimum 11.8kw @ 8,500rpm
  • Tork maksimum 14.3Nm @ 6,500rpm
  • Transmisi CVT dengan tali sawat
  • Casis double cradle frame
  • Ada sistem Idle Start Stop
  • Tayar depan 110/70 – 12
  • Tayar belakang 110/70 – 12
  • Fork biasa dan absober berkembar
  • Brek depan cakera 220mm kaliper 2 piston
  • Brek belakang cakera 190mm kaliper 1 piston
  • Sistem ABS depan-belakang dan ada Traction Control. Khabarnya boleh on-off.
  • Saiz skuter 1,901mm panjang
  • Lebar 735mm
  • Tinggi 1,121mm
  • Tinggi pelana 770mm
  • Tangki minyak 8 liter
  • Berat kasar 132kg
  • Ada TPMS, kamera papan pemuka (dashcam) depan-belakang, boleh akses sistem navigasi MotoPlay, pemanas grip bar hendal dan boleh disambung akses Action Cam.
  • Ada USB Type C dan Type A