
Pengguna Jepun kini ditawarkan dua skim warna pilihan baharu untuk skuter Yamaha XMAX ABS edisi 2026.
Dua warna baharu disediakan untuk XMAX ABS (2026) di Jepun ialah Matte Dark Gray (kelabu gelap) dan Blue (biru).
Galeri Warna XMAX ABS (2026) Baharu
Tambahan dua warna Ini menjadikan jumlah warna pilihan XMAX ABS menjadi empat termasuk dua warna sedia ada iaitu Gray dan Black.
Warna biru ini adalah kali pertama digunakan untuk skuter XMAX, siap dengan jahitan benang biru di bahagian tempat duduk.
Harga jualan termasuk caj cukai penggunaan di Jepun ialah ¥737,000 (anggaran RM18,673). Model ini diimport dari Indonesia untuk jualan pasaran Jepun.



