QJ Motor SRK600RC 2023 akan dilancarkan di Kuala Lumpur Bike Show 2023

Menurut sumber dari TR Motorworld Branch Cheras, pasaran Malaysia tidak lama lagi bakal menerima ketibaan model sport bike terbaharu QJ Motor SRK600RC 2023. Malah tempahan untuk model berkenaan juga kini telah dibuka oleh wakil pengedar.

Setakat ini laman Facebook Mforce TV telah menyiarkan imej teaser yang dipercayai sebagai model QJ Motor SRK600RC. Model sport bike terbaharu itu dijangka akan dilancarkan bertempat di acara Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24 – 27 Ogos 2023), yang akan berlangsung di WTC, Kuala Lumpur.

Di pasaran tempatan, QJ Motor diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., yang sebelum ini telah melancarkan model naked QJ Motor SRK600 2022. Model-model lain termasuklah QJ Motor SRK250, QJ Motor SRK250RR dan QJ Motor SRV250.

Secara ringkas, QJ Motor SRK600RC mempunyai reka bentuk yang menawan, dengan enjin bersesaran 600cc. Kuasa maksimumnya 87hp @ 11,500rpm dengan tork setinggi 56Nm @ 10,500rpm. Tangki bahan apinya 18 liter, dan berat model itu ialah 213 kg.

Sistem suspensinya daripada KYB, manakala sistem brek Brembo lengkap dengan ABS Dual Channel. Saiz tayar 120/70-17 dan 180/55-17. Spesifikasi lain seperti panel meter TFT, sistem kunci Smart Keyless, sistem lampu LED, dan pengecas USB Type-C.

Sumber gambar : 58moto.com