Brixton Crossfire 125 XS 2023 dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia

Laman Facebook Mforce TV telah menyiarkan imej teaser sebuah model terbaharu, yang dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Besar kemungkinan model tersebut ialah Brixton Crossfire 125 XS.

Ianya merupakan sebuah mini scrambler, dengan kelengkapan enjin 125cc (single cylinder four stroke engine, air-cooled) dan transmisi lima kelajuan. Kuasa maksimumnya 11hp @ 8,500rpm dengan tork 9.6Nm @ 6,500rpm.

Spesifikasi menarik lain termasuklah brek cakera depan dan belakang dengan CBS (Combined Brake System), fork depan USD, suspensi belakang monoshock, tangki bahan api 11 liter, tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-12 dan 130/70-12, dan tinggi tempat duduk 760 mm.

Turut melengkapi ialah sistem lampu LED dan panel meter digital. Dijangkakan Brixton Crossfire 125 XS ini akan dilancarkan bertempat di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24 – 27 Ogos 2023), di WTC, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan :