SYM Tuscany 150 2023 dilancarkan di Malaysia – RM 8,888.00

Di pasaran Thailand sebelum ini, SYM dan GPX telah bekerjasama dalam menghasilkan model skuter GPX Tuscany 150 2023. Kini model tersebut rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia pada kelmarin, bertempat di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24 – 27 Ogos).

Untuk pasaran Malaysia, ianya dikenali dengan nama SYM Tuscany 150 2023. Harganya ditetapkan sebanyak RM 8,888.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Tempoh jaminannya pula selama 2 tahun, atau sehingga 20,000 km jarak perjalanan.

SYM Tuscany 150 dilengkapi enjin bersesaran 149.6cc (single cylinder, air cooled, SOHC, EFI) dengan padanan sistem transmisi automatik CVT. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 11.56PS (8.5kW) @ 8,000rpm, dengan tork maksimum 11.4Nm @ 5,500rpm.

Spesifikasi lengkapnya termasuklah tangki bahan api 5.7 liter, tayar depan dan belakang bersaiz 110/70-12 dan 120/70-12, tinggi tempat duduk 780 mm, sistem brek cakera dengan CBS, sistem lampu LED, panel meter digital, dan ruang storan di bawah tempat duduk.

SYM Tuscany 150 2023 turut dilengkapi sistem kunci pintar dan port pengecas USB. Berat model tersebut ialah 150 kg (curb weight). Untuk pasaran Malaysia, model skuter itu tampil dengan tiga pilihan warna yang menarik dan menyerlah iaitu Red, Grey dan juga White.

Sumber gambar : sanook.com

Galeri : GPX Tuscany 150 2023 (Thailand)