Yamaha Y16ZR 2021 kini telah rasmi berada di pasaran tempatan. Sejak pelancarannya, ramai yang telah pun menerima motosikal masing-masing, manakala pembeli yang lain pula sedang menanti penuh debaran ketibaan motosikal masing-masing. Pada masa yang sama, tempahan untuk model berkenaan didapati terus meningkat dengan ketara.
Category: Yamaha
Yamaha Y16ZR 2021 tiba di wakil pengedar hari ini, harga tunai Honda RS150R 2021 kini dikatakan di bawah RM 8k
Sejak pelancaran Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam pada penghujung tahun yang lepas, para peminat model moped berkenaan di pasaran Malaysia kelihatan tidak sabar-sabar menantikan kehadirannya. Akhirnya pada tarikh 18 Mac 2021, HLYM secara rasminya melancarkan model tersebut, dikenali dengan nama Yamaha Y16ZR.
PDRM terima motosikal peronda baharu Yamaha FJR1300P
Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah menerima motosikal peronda baharu Yamaha FJR1300P, berdasarkan maklumat daripada beberapa keping gambar model tersebut yang tersebar di dalam laman sosial baru-baru ini. Yamaha FJR1300P ialah versi untuk kegunaan pihak polis, yang diasaskan daripada model jalanan FJR1300.
Yamaha NMAX 2021 versi klon buatan China
Skuter Yamaha NMAX generasi pertama diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2015. Kemudiannya generasi kedua yang menerima reka bentuk facelift terbaharu telah diperkenalkan pada tahun 2020. Untuk pasaran China, terdapat model Yamaha NMAX generasi pertama versi klon yang ditawarkan dengan reka bentuk yang sangat mirip.
Galeri : Yamaha Sirius RC 2019 di pasaran Vietnam
Yamaha Sirius merupakan sebuah model kapcai yang masih lagi ditawarkan di pasaran Vietnam pada tahun 2021 ini, dalam tiga varian iaitu rim aloi dengan brek depan cakera, rim berjejari dengan brek depan cakera dan rim berjejari dengan brek depan dram. Juga terdapat versi Yamaha Sirius FI yang tampil dengan enjin Fuel Injection yang moden.
Yamaha MT-07 2021 dilancarkan di pasaran Thailand, harga jualan bersamaan RM 38,556.59
Pada beberapa hari yang lepas, Yamaha secara rasminya melancarkan model naked Yamaha MT-07 2021 untuk pasaran Thailand. Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Storm Fluo dan Icon Blue, ianya ditawarkan pada harga THB 289,000, bersamaan RM 38,556.59, serta turut ditawarkan promosi baucer hadiah bernilai THB 20,000.






