Satu lagi model motosikal baru jenis scrambler akan lancar di Malaysia tidak lama lagi. Model itu jenis dual purpose 200cc sebenarnya sudah mula dijual di China iaitu Haojin 200 GY-3. Haojin HAWK II (200 GY-3) akan dijenamakan semula dengan nama lain dan dijual dengan harga bawah RM8,000 di Malaysia dan dilancarkan pada suku pertama tahun […]
Category: Motosikal China
Klon model moped Honda Winner X muncul di pasaran China
Honda Winner X di pasaran Vietnam dan Honda RS-X di pasaran Malaysia merupakan sebuah model moped 150cc yang mempunyai ramai peminat. Oleh kerana popularitinya yang begitu tinggi, akhirnya kini sudah terdapat model klon Honda Winner X di pasaran China. Penampilannya sangat mirip, namun mempunyai beberapa perbezaan ketara.
BMW G 310 R versi China kini di pasaran, harga RM 9,390.41
Model naked BMW G 310 R mula berada di pasaran antarabangsa secara rasmi mulai tahun 2018. Pada penghujung 2020, generasi kedua model berkenaan diperkenalkan, tampil dengan beberapa perubahan terkini, termasuk enjin yang patuh piawaian Euro 5. Pada Ogos 2021 pula, BMW G 310 R 2021 telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia.
Big Monster SBM-165 2022 buatan China ini tampil sporty dengan komponen bertaraf premium
Salah sebuah model motosikal terbaharu buatan China yang diiklankan di dalam laman jual beli popular Alibaba.com pada ketika ini ialah Big Monster SBM-165 2022. Model ini merupakan evolusi daripada model-model yang sebelum ini telah sedia popular, antara contoh terbaik ialah YCRMOTOR Duacti-1199 yang dilancarkan pada tahun 2020.
Haojian V8 150R 2022 ini tampil mirip model Honda CB150R
Model Neo Sports Cafe keluaran Honda iaitu Honda CB150R 2021 tampil dengan reka bentuk yang sporty dan bergaya. Oleh itu tidaklah menghairankan jika model tersebut turut mendapat perhatian daripada syarikat pengeluar motosikal dari negara China, dan hasilnya ialah kemunculan model yang sangat mirip ini iaitu Haojian V8 150R 2022.
Ybhoonda PCX150 2021 muncul di pasaran China, skuter klon yang tampil mirip model Honda PCX150
Model skuter popular Honda PCX150 telah pun ditamatkan pengeluarannya, dan telah digantikan dengan model generasi baharu Honda PCX160. Namun begitu untuk pasaran China, Honda PCX150 masih lagi hidup dengan semangat baharu apabila tampil sebagai model Ybhoonda PCX150 2021, sangat mirip jika dibandingkan antara kedua-duanya.