Yamaha Motor Vietnam baru saja memperkenalkan Yamaha Jupiter FI RC 2021, yang kini didatangkan pilihan warna baharu Silver – Black. Selain pilihan warna terbaharu itu, turut ditawarkan ialah Yamaha Jupiter FI RC 2021 dalam pilihan warna Red – Black dan Matte – Black, di samping Yamaha Jupiter FI GP Edition 2021 dalam warna Blue GP.
Category: Yamaha
Yamaha NMAX ABS 2021 diperkenalkan di pasaran Jepun, tampil serba baharu dengan pelbagai teknologi terkini
Pada bulan Mei 2020 yang lepas, model skuter terbaharu Yamaha NMAX ABS 2021 secara rasminya diperkenalkan di pasaran Jepun. Model tersebut merupakan pengganti kepada model terdahulu Yamaha NMAX 125 ABS 2020 yang berada di pasaran negara itu sebelum ini. Ianya akan berada di pasaran Jepun mulai tarikh 28hb. Jun 2021.
Yamaha Exciter 155 VVA Special Edition 2021 diperkenalkan di pasaran Vietnam, tampil dengan warna baharu Yellow Gray
Pada beberapa hari yang lepas, Yamaha Motor Vietnam telah memperkenalkan versi baharu Special Edition untuk model Yamaha Exciter 155 VVA, yang kini tampil dengan pilihan warna baharu Yellow Gray. Skim warna baharu itu adalah sama dengan skim warna Racing Yellow yang terlebih dahulu diperkenalkan untuk model Yamaha Y16ZR.
Yamaha YZF-R7 2022 diperkenalkan di pasaran USA, harga jualan bermula dari $8,999.00
Pada pertengahan Mei 2021 yang lepas, selain diperkenalkan untuk pasaran Eropah, model terbaharu Yamaha YZF-R7 2022 turut diperkenalkan di pasaran USA. Tampil dalam dua pilihan warna Team Yamaha Blue dan Performance Black, harganya bermula dari $8,999.00 (RM 37,156.87), dan akan berada di pasaran USA mulai bulan Jun 2021.
Yamaha 125ZR 2013 versi NOS berwarna hitam untuk dijual di pasaran Vietnam, harga hampir RM 90k
Model moped dua lejang bertaraf legenda Yamaha 125ZR versi NOS (New Old Stock) sememangnya sukar dijumpai. Jika masih ada sekalipun, harga jualan yang ditetapkan oleh pemiliknya adalah tinggi, bersesuaian dengan tarafnya sebagai model yang telah mencapai status ‘rare’. Ini kerana Yamaha telah lama menghentikan pengeluarannya.
Yamaha Sniper 155 2021 dilancarkan di pasaran Singapura
Selepas Vietnam, Malaysia dan Filipina, kini tibalah giliran pasaran Singapura untuk menerima kehadiran model moped Yamaha Sniper 155 2021. Untuk pasaran di negara seberang tambak itu, Yamaha Sniper 155 2021 hanya didatangkan dalam versi tunggal, dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Blue, Yellow Hornet dan juga Black.






