Pada bulan Mei 2020 yang lepas, model skuter terbaharu Yamaha NMAX ABS 2021 secara rasminya diperkenalkan di pasaran Jepun. Model tersebut merupakan pengganti kepada model terdahulu Yamaha NMAX 125 ABS 2020 yang berada di pasaran negara itu sebelum ini. Ianya akan berada di pasaran Jepun mulai tarikh 28hb. Jun 2021.
Yamaha NMAX ABS 2021 merupakan model yang sama telah diperkenalkan di pasaran Eropah pada November tahun lepas, yang mana ianya kini tampil dengan gaya rekaan terbaharu yang lebih sporty dan menawan. Untuk pasaran ASEAN pula, model tersebut ditawarkan dalam versi 155cc sahaja, termasuklah di pasaran Malaysia baru-baru ini.
Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha NMAX ABS 2021 yang diperkenalkan ini ialah versi yang dilengkapi enjin 125cc VVA dengan kuasa maksimum 12PS @ 8,000rpm dan tork puncak 11Nm @ 6,000rpm. Untuk versi 155cc, ianya dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, untuk menggantikan model terdahulu Yamaha NMAX 155 ABS 2020.
Yamaha NMAX ABS 2021 di pasaran Jepun merupakan versi premium dengan pelbagai spesifikasi serba lengkap. Antaranya ialah sistem Yamaha Y-Connect, Smart Key, TCS (Traction Control System), Smart Motor Generator, sistem Stop & Start, ruang bagasi 23 liter, soket pengecas DC 12V, panel meter digital LCD sepenuhnya dan lampu LED.
Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha NMAX ABS 2021 terbaharu ditawarkan pada harga jualan sebanyak 368,500 Yen, bersamaan nilai RM 13,851.21 berdasarkan kadar semasa. Menurut Yamaha, pengeluaran model skuter itu dilakukan oleh anak syarikat mereka di negara Indonesia iaitu PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM).