Pada awal bulan Mac 2022, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya telah melancarkan model moped terbaharu Yamaha 135LC Fi 2022 untuk pasaran Malaysia. Sewaktu pelancarannya, model berkenaan dikatakan eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja, bermakna ianya tidak akan dijual di mana-mana pasaran ASEAN yang lain.
Category: Yamaha
Yamaha TMAX 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, terima penampilan serba baharu dengan naik taraf terkini
Pada bulan November 2021 yang lalu, Yamaha telah memperkenalkan Yamaha TMAX 2022 untuk pasaran Eropah. Model Sport Scooter itu kini telah sampai ke generasi yang kelapan, sejak ianya diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2001. Untuk pasaran Malaysia, Yamaha TMAX 2021 telah dilancarkan pada bulan Oktober 2021 yang lepas.
Yamaha melancarkan YZF-R15M World GP 60th Anniversary Edition 2022 untuk pasaran India, harga RM 10,448.43
Pada tarikh 11hb. April 2022, India Yamaha Motor (IYM) Pvt Ltd. dengan rasminya telah melancarkan model Yamaha YZF-R15M World GP 60th Anniversary Edition 2022 untuk pasaran India. Model tersebut merupakan pilihan terbaharu selepas varian Standard, M dan MotoGP Edition, yang dilancarkan pada bulan September 2021 yang lepas. Harga jualan yang ditawarkan ialah sebanyak Rs. 1,88,300, […]
Spyshot Yamaha YZF-R15 V4 2022 sedang menjalani ujian di jalan raya Malaysia, bakal dilancarkan tidak lama lagi?
Selepas pelancarannya di beberapa buah negara jiran termasuk Thailand baru-baru ini, nampaknya Malaysia akan menjadi destinasi seterusnya untuk model sport bike baharu Yamaha YZF-R15 V4 (Version 4.0) 2022. Model tersebut bakal menggantikan generasi sebelumnya Yamaha YZF-R15 2021, yang dijual dengan harga asas RM 11,988.00.
Yamaha MT-15 Version 2.0 2022 dilancarkan di pasaran India dengan beberapa naik taraf terkini, harga dari RM 8,891.40
India Yamaha Motor (IYM) Pvt Ltd. kelmarin rasmi melancarkan model naked Yamaha MT-15 Version 2.0 2022, dengan beberapa naik taraf terkini yang lebih menarik. Model tersebut kini menampilkan fork depan jenis terbalik 37 mm, swing arm aluminium dan panel instrumen digital baharu dengan sambungan Bluetooth ke aplikasi Y-Connect.
Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition 2022 kini di pasaran Malaysia, terhad 5,000 unit sahaja
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada dua hari yang lepas dengan rasminya telah memperkenalkan Yamaha Y16ZR WGP 60th Anniversary Edition 2022 untuk pasaran Malaysia, dalam edisi terhad 5,000 unit sahaja. Model berkenaan dijual dengan harga asas RM 11,688.00, dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perbatuan.






