Melalui laman Facebook rasmi, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) baru saja mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan model edisi istimewa World GP 60th Anniversary untuk pasaran Malaysia, pada 08hb. April 2022 (Jumaat). Setakat ini belum dapat dipastikan model manakah yang akan menerima skim warna berkenaan.
Category: Yamaha
Yamaha Y15ZR V2 2022 kekal di pasaran Malaysia, kini tampil dengan skim warna dan corak grafik terbaharu
Kali terakhir model moped Yamaha Y15ZR V2 di pasaran Malaysia menerima kemaskini warna terbaharu ialah pada bulan November 2020 yang lepas. Hari ini, akhirnya model berkenaan telah muncul semula dengan empat pilihan warna dan corak grafik terbaharu untuk musim 2022, dalam pilihan warna menarik Hijau, Cyan, Biru dan juga Kelabu.
Yamaha Y15ZR 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas kini meningkat kepada RM 8,498.00
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) pada hari ini rasmi melancarkan Yamaha Y15ZR 2022 untuk pasaran Malaysia. Model moped yang popular dengan gelaran ‘Raja Jalanan’ itu kini didatangkan dengan empat skim warna dan corak grafik terbaharu iaitu Hijau, Cyan, Biru dan Kelabu. Harga jualan asasnya pula ialah sebanyak RM 8,498.00.
Spyshot model baharu Yamaha sedang ditunggang uji di Malaysia, adakah ianya kapcai Yamaha Sirius FI?
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dijangka bakal melancarkan sebuah model kapcai terbaharu untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, berdasarkan paparan imej spyshot sebuah model motosikal yang sedang ditunggang uji. Menurut informasi dari Nik Zayne dan pemilik asal gambar Alongz Aries, model itu ditemui di Sungai Buloh, Selangor.
Yamaha YZF-R15 2022 serba baharu dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari RM 14,485.25
Selepas pasaran India, Indonesia dan Filipina, model sport bike Yamaha YZF-R15 2022 serba baharu kini rasmi dilancarkan di pasaran Thailand. Untuk pasaran Thailand, ianya tampil dalam tiga pilihan varian iaitu Yamaha YZF-R15 Connected, Yamaha YZF-R15M Connected-ABS dan Yamaha YZF-R15M Connected-ABS WGP 60th Anniversary.
Yamaha XMAX 300 SP 2022 dilancarkan di pasaran Thailand dengan sistem suspensi OHLINS
Pasaran Thailand baru-baru ini telah menerima pelancaran skuter Yamaha XMAX 300 SP 2022 terbaharu, yang dilengkapi sistem suspensi belakang OHLINS, tempat duduk eksklusif Tech Max, panel meter pelbagai fungsi dengan paparan LCD negatif, dan juga emblem XMAX SP yang tampil menyerlah. Yamaha XMAX 300 versi SP ini merupakan pilihan terkini untuk pasaran Thailand, di samping […]






