Selepas pelancaran Yamaha 135LC Fi 2022 pada bulan Mac yang lepas, maka dengan rasminya pengeluaran Yamaha 135LC V7 2022 telah dihentikan oleh pengeluarnya iaitu HLYM. Namun untuk anda yang mungkin masih berminat, model yang dikuasakan enjin 135cc dengan sistem karburetor itu sebenarnya masih ditawarkan di pasaran Malaysia.
Category: Yamaha
Yamaha Grande 2022 berwajah baharu dilancarkan di pasaran Vietnam, harga bermula dari RM 8,921.72
Yamaha Motor Vietnam pada beberapa hari yang lepas secara rasminya melancarkan model skuter Yamaha Grande 2022 berwajah baharu untuk pasaran Vietnam. Model itu tampil dalam pilihan tiga varian iaitu Limited Edition, Special Edition dan Standard, dan masing-masing mempunyai empat (Limited, Special) dan tiga (Standard) pilihan warna.
Impian tidak kesampaian, bos besar HLYM nafi Yamaha RX-Z akan dikeluarkan kembali
Sejak beberapa tahun yang lepas, populariti model dua lejang legenda Yamaha RX-Z tidak pernah pudar. Di pasaran Malaysia, model yang telah dihentikan pengeluarannya sejak lebih 10 tahun yang lalu itu masih menjadi kegilaan ramai peminatnya. Jadi tidak hairanlah harga versi terpakai bagi model itu pada ketika ini telah melambung tinggi.
Yamaha NVX 155 VVA 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Vietnam, harga bersamaan RM 10,620.73
Pada dua hari yang lepas Yamaha Motor Vietnam rasmi memperkenalkan Yamaha NVX 155 VVA 2023, yang kini telah menerima kemaskini warna baharu yang kelihatan lebih sporty dan trendy. Untuk pasaran Vietnam, model skuter tersebut boleh dimiliki dengan harga jualan sebanyak 55,000,000 VND, bersamaan RM 10,620.73 (kadar semasa).
Yamaha 135LC Fi 5MRO Malaysia Edition 2022 dilancarkan untuk pasaran tempatan, harga asas RM 9,198.00
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini rasmi melancarkan sebuah model moped edisi istimewa terbaharu untuk pasaran tempatan, iaitu Yamaha 135LC Fi 5MRO Malaysia Edition 2022. Pelancaran model berkenaan adalah bagi meraikan pencapaian HLYM dalam produksi motosikal di Malaysia, yang kini telah mencapai angka 5 juta unit. Harga jualan asas yang ditawarkan untuk […]
Beza harga antara Honda CBR250RR 2022 dan Yamaha YZF-R25 2022 hanya RM 3,001.00, pilihan mana lebih berbaloi?
Di pasaran tempatan pada ketika ini, terdapat dua pilihan model sport bike dalam kelas 250cc iaitu Honda CBR250RR 2022 dan Yamaha YZF-R25 2022. Walau pun berada di dalam kategori yang sama, kedua-dua model tersebut mempunyai beberapa perbezaan spesifikasi yang ketara, termasuklah perbezaan harga asas sebanyak RM 3,001.00.






