Selain daripada model sport bike full fairing Yamaha YZF-R25 2022, pasaran Malaysia pada hari ini turut menerima pelancaran model naked Yamaha MT-25 2022. Perubahan utama yang diperkenalkan oleh HLYM pada model tersebut kali ini hanyalah kemaskini warna terbaharu, dalam dua pilihan warna menarik iaitu Cyan Storm dan Icon Blue.
Category: Yamaha
Yamaha YZF-R25 2022 terima kemaskini warna baharu, lampu signal LED, ABS Dual Channel dan peningkatan harga
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini rasmi melancarkan model Yamaha YZF-R25 2022 terbaharu untuk pasaran Malaysia. Model sport bike berkenaan kini tampil dengan dua skim pilihan warna terbaharu Orange Lynx dan Racing Blue, manakala harga jualan asas kini meningkat kepada RM 22,998.00, berbanding harga terdahulu RM 19,998.00.
Yamaha RX-Z Catalyzer berjaya dijual dengan harga RM 30k, adakah ianya termurah di pasaran Malaysia?
Masih lagi dengan berita mengenai model motosikal dua lejang legenda Yamaha RX-Z, yang sebelum ini terdengar ura-ura bahawa Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal melancarkannya semula di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Malah lebih mengejutkan, versi terbaharu yang bakal dilancarkan itu akan dilengkapi dengan enjin empat lejang.
Galeri : Yamaha 135LC Fi Special Edition Yamalube 2022
Pada bulan Mac 2022 yang lepas, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya melancarkan model moped terbaharu Yamaha 135LC Fi 2022. Model itu menggantikan generasi sebelumnya Yamaha 135LC versi karburetor, yang kini tidak lagi ditawarkan. Baru-baru ini Yamaha 135LC Fi telah muncul dalam versi Special Edition Yamalube.
Yamaha Sirius FI 2022 di pasaran Vietnam kini tampil dengan skim warna terbaharu, harga RM 4,224.74
Sehingga ke hari ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) masih lagi belum memberikan sebarang petunjuk bilakah model kapcai terbaharu Yamaha Sirius FI akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Pada bulan April yang lalu, spyshot model tersebut telah berjaya dirakamkan sedang menjalani sesi tunggang uji, berdekatan Sungai Buloh, Selangor.
Galeri : Yamaha RZ250R 1987 di pasaran Jepun
Model Yamaha RZ250R keluaran tahun 1987 untuk pasaran Jepun ini mempunyai tiga pilihan warna menarik. Ianya dilengkapi enjin dua lejang parallel twin bersesaran 247cc dengan kuasa maksimum 35.5hp @ 8,500rpm dan tork setinggi 30.2Nm @ 8,000rpm. Enjin dengan teknologi YPVS itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.






