Model yang dikenali dengan nama Yamaha SRV-1 keluaran tahun 1999 ini mirip model popular Yamaha RX-Z 135. Bezanya ialah Yamaha SRV-1 ini dilengkapi enjin empat lejang yang dipercayai bersesaran 150cc, sama seperti model Yamaha SR-Z keluaran tahun 1993 dan 1994 yang mempunyai rekaan sama seperti Yamaha RX-Z 135.
Category: Yamaha
Yamaha SR-Z model tahun 1993 dan 1994, reka bentuk sporty, dilengkapi enjin empat lejang
Model motosikal yang anda lihat di sini bukanlah Yamaha RX-Z, sebaliknya model Yamaha SR-Z, seperti mana nama yang tertera di badannya. Berdasarkan maklumat yang sangat terhad, Yamaha SR-Z ini dikatakan keluaran tahun 1993 dan 1994, namun tidak dapat dipastikan sama ada maklumat ini tepat atau pun tidak.
Yamaha Ténéré 700 Extreme 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah
Yamaha Motor Europe baru-baru ini rasmi memperkenalkan Yamaha Ténéré 700 Extreme 2024. Model tersebut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk aktiviti tunggangan yang lasak dan ekstrem, antaranya seperti sistem suspensi KYB boleh laras sepenuhnya di bahagian depan dan belakang, masing-masing dengan jarak travel 20 mm lebih tinggi berbanding versi standard.
Yamaha TMAX 560 Tech Max 2022 di pasaran Malaysia, harga asas RM 74,998.00
Pada bulan Oktober 2022 yang lalu, pasaran Malaysia secara rasmi menerima pelancaran model skuter terbaharu Yamaha TMAX 560 Tech Max 2022. Tidak seperti di pasaran Eropah dan Jepun yang turut menerima varian standard, pasaran Malaysia hanya ditawarkan varian teratas sahaja iaitu varian Tech Max. Menurut HLYM, model skuter maxi berkenaan merupakan versi CKD atau pemasangan […]
Yamaha VR150 keluaran tahun 1987 (Thailand)
Yamaha VR150 pernah ditawarkan di pasaran Thailand
Salah sebuah model dua lejang keluaran Yamaha yang pernah ditawarkan di pasaran Thailand ialah Yamaha VR150. Menurut sejarahnya, model ini dilancarkan pada tahun 1987 dan pengeluarannya berterusan sehingga pertengahan tahun 1990an. Tidak pasti sama ada model ini juga dilancarkan di pasaran lain selain daripada Thailand.






