Yamaha SR-Z model tahun 1993 dan 1994, reka bentuk sporty, dilengkapi enjin empat lejang

Model motosikal yang anda lihat di sini bukanlah Yamaha RX-Z, sebaliknya model Yamaha SR-Z, seperti mana nama yang tertera di badannya. Berdasarkan maklumat yang sangat terhad, Yamaha SR-Z ini dikatakan keluaran tahun 1993 dan 1994, namun tidak dapat dipastikan sama ada maklumat ini tepat atau pun tidak.

Beralih ke bahagian enjin, juga tidak dapat dipastikan berapakah kapasiti cc yang melengkapinya. Terdapat sumber yang mengatakan ianya dilengkapi enjin empat lejang 125cc, namun ada pula yang mengatakan enjin empat lejangnya itu bersesaran 150cc. Yang pasti, enjinnya bukan dua lejang seperti yang dimiliki oleh Yamaha RX-Z.

Pasaran Yamaha SR-Z ini jugak tidak diketahui, berkemungkinan besar ianya dilancarkan untuk pasaran Taiwan dan China. Reka bentuknya saling tidak tumpah seperti reka bentuk Yamaha RX-Z. Tetap kelihatan sporty dan bergaya, walaupun bunyi enjinnya tentu tidak semerdu dan segarang bunyi enjin Yamaha RX-Z.

Spesifikasi lain juga kelihatan sama 100 peratus seperti model Yamaha RX-Z, bermula dari fairing depan sehinggalah ke ekor belakang. Dapat dilihat brek cakera depan yang digandingkan dengan brek jenis dram di bahagian belakang, bersama-sama suspensi teleskopik di bahagian depan dan suspensi berkembar di bahagian belakang.

1993 Yamaha SR-Z

1994 Yamaha SR-Z