Selepas model Yamaha YZF-R125 ABS 2024 dan Yamaha YZF-R15 ABS 2024, pasaran Jepun kini menerima pula Yamaha MT-125 ABS 2024. Model naked tersebut mempunyai tiga pilihan warna, dan ditawarkan dengan harga 495,000 Yen, bersamaan RM 15,743.44. Enjinnya bersesaran 124cc (liquid cooled, SOHC, 4-valve) dengan teknologi VVA, dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Category: Yamaha
Yamaha YZF-R15M Monster Energy Limited Edition 2023 dilancarkan, terhad 600 unit, harga RM 14,998.00
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini secara rasmi melancarkan model Yamaha YZF-R15M Monster Energy Limited Edition 2023, dalam jumlah terhad 600 unit sahaja. Harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 14,998.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Menurut HLYM, bagi pilihan warna terdahulu iaitu Signature M, ianya masih ditawarkan seperti biasa.
Yamaha 135LC Fi 2024 dilancarkan dengan skim warna terbaharu, harga bermula dari RM 8,298.00
Model moped Yamaha 135LC Fi 2024 rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia, dengan empat skim warna terbaharu iaitu White, Navy dan Cyan untuk versi Standard, dan Blue untuk versi SE. Harga jualan asas ditawarkan bermula dari RM 8,298.00 untuk versi Standard, dan RM 8,798.00 untuk versi SE. Setiap pembelian juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai […]
Yamaha NMAX 155 ABS 2023 terima warna baharu di pasaran Jepun
Yamaha NMAX 155 ABS 2023 di pasaran Jepun kini menerima dua pilihan warna baharu White dan Red, dan ditawarkan bersama-sama dua warna terdahulu Matte Dark Green dan Matte Dark Gray. Model skuter tersebut akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi bermula 25hb. Oktober 2023, dengan harga jualan sebanyak 423,500.00 Yen, bersamaan nilai RM 13,416.63.
Yamaha Jupiter Z1 2024 terima warna baharu di pasaran Indonesia
Yamaha Indonesia Motor Mfg. (YIMM) pada kelmarin rasmi melancarkan model Yamaha Jupiter Z1 2024. Kali ini model kapcai tersebut telah menerima tiga pilihan warna baharu yang menyerlah iaitu Metallic Red, Metallic Cyan dan Metallic Black. Untuk pasaran Indonesia, Yamaha Jupiter Z1 ditawarkan dengan harga Rp. 19,790,000.00, bersamaan nilai RM 5,990.19 (kadar semasa).
Yamaha YZF-R125 ABS 2024 dan Yamaha YZF-R15 ABS 2024 diperkenalkan di pasaran Jepun
Pasaran Jepun kini menerima dua model terbaharu Yamaha YZF-R125 ABS 2024 dan Yamaha YZF-R15 ABS 2024. Kedua-dua model tersebut sebelum ini hanya ditawarkan di pasaran Eropah, Asean dan di beberapa pasaran lain. Jualan di pasaran Jepun akan bermula pada 16hb. Oktober 2023, dengan harga sebanyak 517,000 Yen (RM 16,250.67) dan 550,000 Yen (RM 17,287.95).






