Untuk pasaran Taiwan, SYM baru-baru ini dengan rasminya telah melancarkan sebuah model skuter terbaharu yang dikenali dengan nama SYM MMBCU 2022. Menurut SYM, MMB merujuk kepada nama haiwan berbisa iaitu Ular Mamba dari Afrika, manakala C dan U pula masing-masing merujuk kepada perkataan Crossover dan Unique.
Category: SYM
SYM VF3i 185 LE V2 2022 di pasaran Malaysia, tampil sporty dengan skim warna baharu Royal Orange
SYM Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) baru-baru ini telah memperkenalkan model moped berprestasi tinggi SYM VF3i 185 LE V2 2022, yang kini tampil lebih sporty dan agresif dengan skim warna baharu Royal Orange. Berdasarkan maklumat di dalam laman Facebook, model tersebut dijual dengan harga asas sebanyak RM 9,738.00.
SYM VF3i 185 LE V2 2022 dengan pilihan warna baharu Royal Orange kini di pasaran Malaysia
Di pasaran Malaysia, salah sebuah model moped berprestasi tinggi dengan enjin paling besar dan paling berkuasa ialah SYM VF3i 185. Untuk musim kali ini, salah satu varian yang ditawarkan untuk model tersebut ialah SYM VF3i 185 LE V2 2022, yang kini tampil dengan warna terbaharu Royal Orange yang kelihatan cukup menarik dan menyerlah.
SYM Husky ADV 150 2022 dilancarkan di pasaran China, harga bersamaan RM 15,755.31
Skuter adventure terbaharu SYM Husky ADV 150 2022 yang sebelum ini diperkenalkan buat pertama kali di EICMA 2021, kini rasmi dilancarkan di pasaran China baru-baru ini. Didatangkan dalam dua pilihan warna disertai beberapa komponen aksesori keemasan, harga jualannya di pasaran China ialah CNY 23,800, bersamaan nilai RM 15,755.31.
SYM Maxsym TL 508 2022 kini dilengkapi teknologi TCS
Skuter maxi SYM Maxsym TL 508 2022 baru saja diperkenalkan di EICMA 2021 dalam bulan November yang lepas, kini dilengkapi naik taraf terbaharu berupa teknologi TCS (Traction Control System). Dengan adanya sistem tersebut, ianya mengurangkan risiko tayar belakang model itu tergelincir dan menawarkan tunggangan yang lebih selamat.
SYM Sport Rider 125i (N2) 2022 di pasaran Malaysia terima kemaskini warna baharu lebih sporty
Salah sebuah model motosikal kapcai yang ditawarkan oleh SYM Malaysia di pasaran tempatan ialah SYM Sport Rider 125i. Untuk musim 2022, model berkenaan kini tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty dan segar. Harga jualan asasnya menurut sumber daripada laman Facebook dan Mudah.my ialah sebanyak RM 5,862.00 sahaja.






