Pasaran skuter di rantau Asia Tenggara sejak beberapa tahun yang lepas didapati kian meningkat dengan ketara, terutamanya dengan pengenalan model-model baharu yang dilengkapi enjin sekitar 110cc sehingga 160cc. Selain enjin yang berkuasa dan rekaan yang sporty, ciri-ciri praktikal juga menjadi kelebihan untuk sesebuah model skuter.
Category: SYM
Model adventure SYM NH-T 300 2022 diperkenalkan untuk pasaran Eropah, dilengkapi enjin 278.3 cc
Pengeluar skuter dan motosikal terkemuka SYM yang berasal dari Taiwan, baru-baru ini telah memperkenalkan model adventure terbaharu SYM NH-T 300 2022. Model itu kini menyertai barisan model SYM NH-T 125 dan SYM NH-T 200, yang sebelum ini muncul lebih awal di pasaran Eropah, masing-masing dikuasakan enjin 124.1cc dan 183cc.
SYM Jet X TCS 2022 diperkenalkan dengan naik taraf terkini
SYM baru-baru ini telah memperkenalkan skuter sporty SYM Jet X 125 TCS 2022 dan SYM Jet X 150 TCS 2022, yang telah menerima beberapa naik taraf terkini. Naik taraf pertama ialah kedua-dua model tersebut kini telah dilengkapi Traction Control System (TCS), manakala naik taraf kedua ialah ianya kini dilengkapi Keyless System 2.0.
Skuter adventure SYM Husky ADV 150 2022 bakal dilancarkan tidak lama lagi, pencabar Honda ADV150
Baru-baru ini bertempat di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2021 di Milan, Itali, SYM telah mempamerkan sebuah model skuter adventure terbaharu keluarannya yang dikenali dengan nama SYM Husky ADV 150 2022. Melihat kepada gaya rekaannya dan kapasiti enjin, ianya bakal memberikan saingan sengit kepada model Honda ADV150.
SYM VF3i 185 V2 2021 kini tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty
Menurut sumber maklumat daripada wakil pengedar sah SYM Malaysia, model moped SYM VF3i 185 V2 2021 kini tampil dengan skim pilihan warna baharu yang lebih sporty. Ketiga-tiga pilihan warna baharu itu mengekalkan skim warna Biru, Merah dan Emas, yang kemudiannya digabungkan dengan jalur grafik terbaharu yang lebih menyerlah.
SYM Jet X 150 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 8,888.00
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. selaku pengedar sah motosikal dan skuter berjenama SYM di pasaran Malaysia hari ini dengan rasminya melancarkan sebuah model skuter terbaharu, dikenali dengan nama SYM Jet X 150 2021. Untuk pasaran Malaysia, model tersebut didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu Standard dan Special Edition (SE).






