Category: AFY Mobility Industries (AMI)

Ini inspirasi sebenar logo jenama AFAZ, bukan idea bayangan dari mangkuk tomyam

Nampak macam sama? Ada beberapa individu yang kami kenali memberi pendapat dengan mengatakan logo yang digunakan jenama motosikal AFAZ ini nampak macam mangkuk tomyam. Sebenarnya.. inspirasi yang digunakan untuk bentuk logo AFAZ tidak diambil daripada periuk keluli tahan karat ini. Inspirasinya datang dari Harimau Belang, Wau Kucing dengan gabungan abjad dari AFAZ. INSPIRASI HARIMAU MALAYA […]

Supermoped AFAZ 150 guna enjin Suzuki, ‘motor boleh bercakap’ dan lawan segmen premium?

Sabtu lalu, kami bersama sekumpulan media permotoran dijemput untuk satu majlis makan tengah hari bersama barisan pengurusan AFY Mobility industries (AMI) – termasuk mereka dari AFAZ, Suzuki, Moda dan Indian Motorcycles. Ada 3 perkara utama sepanjang sesi makan tengah itu dengan dua program bermula sebelum makan tengah hari dan disambung dengan satu program akhir di […]

Ini spesifikasi lengkap AFAZ Kencana Sport 115(2026), harga badan RM5,799

afaz kencana sport 115 spesifikasi penuh

AFAZ menerusi model pertama mereka iaitu AFAZ Kencana Sport 115 menjadi model yang banyak disebut semenjak kapcai sulung itu masuk ke pasaran secara senyap-senyap. Belum ada majlis pelancaran rasmi tetapi motosikal sudah berada di kedai penjual motosikal beberapa hari lalu. Siap ada ‘konvoi’ AFAZ Kencana Sport 115 yang bertolak dari Glenmarie, Selangor ke Kuala Kangsar, […]

KOVE rasmi masuk pasaran Malaysia dengan 3 model ‘panas’

Dua tahun lalu, kita pernah terbaca mengenai rancangan membawa masuk jenama KOVE ke pasaran Malaysia oleh AFY Mobility Industries (AMI). Malah semasa penganjuran MotoGP Sepang 2023, AMI ada membawa lima model untuk sesi pratonton kepada khalayak di kawasan Mall Area SIC. Lima model itu ialah: KOVE 500 X (kembara) KOVE 321RR (sportbike) KOVE 450RR (sportbike) […]

AFAZ sudah mula beri petunjuk awal, bakal lancar tak lama lagi?

Dua bulan lalu, kru kami ada bertanya tentang jenama AFAZ yang sekian lama mendiamkan diri dalam industri selepas membuat pengumuman dua tahun lalu. Cerita mengenai AFAZ ini bukan baru dan pernah hangat diperkatakan susulan maklumat mengatakan ada kerjasama dengan Suzuki Jepun (Suzuki Motor Corporation – SMC) yang akan membekalkan beberapa komponen penting. Jika betul apa […]

5 model Indian Motorcycle Scout 2025 masuk Malaysia, harga badan mula RM106,800

Indian Motorcycle Malaysia memperkenalkan siri Indian Scout 2025 di pasaran tempatan, membabitkan lima varian iaitu Bobber, Sport, Classic, Super dan 101. Jenama Indian Motorcycle ini diuruskan pihak Spirit Lake Motor dan AFY Mobility Industries (AMI). SENARAI MODEL INDIAN SCOUT 2025 Scout didatangkan dengan lima varian pilihan menarik dan setiap satunya ada pakej personaliti tersendiri: Indian 101 […]