Ini inspirasi sebenar logo jenama AFAZ, bukan idea bayangan dari mangkuk tomyam

Nampak macam sama?

Ada beberapa individu yang kami kenali memberi pendapat dengan mengatakan logo yang digunakan jenama motosikal AFAZ ini nampak macam mangkuk tomyam.

Sebenarnya.. inspirasi yang digunakan untuk bentuk logo AFAZ tidak diambil daripada periuk keluli tahan karat ini. Inspirasinya datang dari Harimau Belang, Wau Kucing dengan gabungan abjad dari AFAZ.

INSPIRASI HARIMAU MALAYA

Ada dua deria utama daripada pancaindera Harimau Malaysia diambil sebagai sumber inspirasi membentuk logo jenama motosikal AFAZ iaitu mata (deria penglihatan) dan hidung (deria bau).

Anda boleh dilihat aplikasinya dalam logo AFAZ menerusi dua gambar di bawah:

INSPIRASI WAU KUCING

Selain Panthera tigris jacksoni, logo jenama motosikal AFAZ ini juga meminjam inspirasi daripada Wau Kucing. Gambar bawah menunjukkan contoh Wau Kucing dan kedudukannya dalam logo.

SERAP ABJAD AFAZ

Elemen terakhir diserap dalam logo ini adalah huruf A yang diambil daripada jenama AFAZ.

ARTIKEL BERKAITAN