ZXMOTO 820RR: Supersport 3 silinder sebaris sudah tiba di Malaysia

Saingan segmen supersport tiga silinder di Malaysia akan memasuki fasa baharu dengan ketibaan rasmi model ZXMOTO 820RR.

Model yang mencuri tumpuan majoriti pengunjung Mforce MotoXperience 2026 itu diperkenalkan dengan tiga warna pilihan seperti berikut:

  • Putih (Ghost White)
  • Merah (Rebel Red)
  • Hitam (Phantom Black)

Apa yang membuatkan jentera ini cukup popular susulan prestasi dipamerkan dan kemenangan diraih dalam Kejuaraaan World Supersport (WorldSSP – WSSP) musim ini.

Berbekalkan pembabitan dalam WSSP dan kejuruteraan termaju, model 820RR ini menawarkan pengalaman tunggang hampir sama seperti jentera lumba.

Enjin 820RR ini ditala bukan untuk puncak kuasa tertinggi tetapi lebih kepada hantaran kuasa lancar, janaan output tork secara konsisten untuk mengimbangi prestasi dan juga kawalan jentera.

Ciri Menarik ZXMOTO 820RR

ZXMOTO 820RR didatangkan dengan beberapa ciri menarik dan ini termasuk:

  • Ciri QuickShifter dwi-arah (atas dan bawah).
  • Winglet
  • Sistem pemula tanpa kunci
  • Peredam stereng (stereng damper)
  • Rim belakang dengan rekaan quick-release
  • Sistem Brek Anti-Kunci Belokan (Cornering ABS)
  • Frem utama aluminium (fully cast aluminium)
  • Swingarm aluminium
  • Muffler belakang aluminium
  • Komponen aloi magnesium untuk braket lampu depan, penutup sisi enjin dan kepala silinder enjin.
  • Ada lima mode pemetaan – Rain, Street, Sport dan 2 mode kustom.
  • Ada beberapa fungsi berorientasi perlumbaan iaitu mode Launch Control, Acceleration Record, Lap Time Record dan Lean Angle Record.

Spesifikasi ZXMOTO 820RR

  • Enjin 3 silinder sebaris 818.8cc DOHC 12 injap (4 injap setiap silinder).
  • Menggunakan dua kaedah kawalan kepanasan enjin iaitu sistem sejukan cecair dan sejukan minyak.
  • Output kuasa 99kW pada 12,000rpm.
  • Tork puncak 80Nm pada 9,500rpm.
  • Nisbah mampatan 13:1.
  • Ada sistem pengambilan udara menerusi Ram Air.
  • Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan dengan Slipper Clutch.
  • Fork depan 43mm dan monoshock belakang boleh laras prabeban dan peredam.
  • Brek cakera berkembar untuk roda depan, berukuran 320mm jenis terapung (floating).
  • Brek cakera belakang jenis tunggal 220mm, kaliper 2 piston.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar saiz 120/70 (depan) dan 190/55 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,050mm, lebar 745mm, tinggi 1,160mm.
  • Jarak roda 1,419.5mm atau 1,423mm.
  • Tinggi tempat duduk 825mm.
  • Tangki minyak 18 liter.
  • Berat 193kg.
  • Sudut stereng 26º.

Artikel Berkaitan