Boon Siew Honda umum 3 warna baharu Honda Vario 160 (2026), harga badan RM10,498

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan tiga pilihan warna baharu untuk skuter Honda Vario 160 edisi 2026 iaitu Matte Black (hitam merah), Silver Blue (biru perak) dan Gray Gold (kelabu emas).

Harga badan yang disyorkan ialah RM10,498 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran. Harga nampaknya ada kenaikan RM300 berbanding harga badan tahun lalu.

Enjin digunakan masih sama seperti model sedia ada iaitu silinder tunggal 157cc SOHC 4-injap eSP+ yang ada penarafan EEV 5 bintang daripada program Malaysia Motorcycle Assessment Programme (MyMAP).

Output kuasa 11.3 kW @ 8,500rpm dan tork pula 13.8 N.m @ 7,000rpm.

Ciri penting yang ada ialah Sistem Brek ABS (roda depan), sistem kekunci Honda Smart Key, sistem pencahayaan LED penuh, tangki minyak 5.5 liter dan ruang simpanan 18 liter.

Model ini sudah ada di rangkaian pengedar sah Honda IMPIAN X di seluruh negara. Jaminan diberi ialah dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km.

Artikel Berkaitan Honda Vario 160

Galeri Gambar Honda Vario 160