Beli set rantai motosikal RK-M Edisi Merdeka 2026, ada peluang bawa pulang kereta

Beli set sproket rantai motor boleh menang kereta?

Ya, jika set sproket yang dibeli itu adalah set rantai motosikal RK-M Edisi Merdeka 2026 yang sedang dijual di pasaran ketika ini.

Set rantai dan sproket itu ditawarkan dalam kuantiti terhad iaitu 10,000 set kepada pengguna sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Harga setiap satu set rantai motosikal RK-M Edisi Merdeka 2026 ialah RM169 jika dibeli menerusi laman web GoMoto atau gedung Gomoto Xperience Lab Penang.

Jika beli menerusi Shopee atau pengedar sah lain, harga jualan ialah RM189 setiap set.

Kenapa ada dua harga?

Jawpaannya, ada promosi eksklusif iaitu RM169 untuk pengguna yang beli secara terus melalui gedung Gomoto Xperience Lab Penang dan platform rasmi Gomoto.

Harga promosi eksklusif RM169 setiap set ini akan ditawarkan sehingga 30 September 2026.

Platform Shopee dan lain akan menjual setiap set RK-M Edisi Merdeka 2026 pada harga RM189. Tiada promosi harga diberikan menerusi platform pihak ketiga.

Ada Apa Dalam Set Kotak RK-M Edisi Merdeka 2026

Setiap set RK-M Edisi Merdeka 2026 bukan hanya didatangkan bersama set sproket lengkap.

Malah setiap item yang ada dalam kotak berkenaan ada keunikan dan bersifat eksklusif.

Antaranya ialah sproket belakang berwarna emas dan ada corak Bunga Kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya. Rantai dibekalkan jenis 428 OL dwi-warna iaitu ungu dan emas (kombinasi dua warna Purple dan Gold).

Aksesori lain disertakan ialah rantai kunci, pelekat holografik, sarung leher (neck tube) dan sarung lengan (arm sleeve) eksklusif.

Satu lagi item ialah tiket cabutan bertuah yang membolehkan pelanggan bertuah menang sebuah kereta, motosikal atau hadiah lain.

Cara Sertai Cabutan Bertuah

RK-M Malaysia ada berkongsi satu video menunjukkan apa yang pelanggan perlu buat untuk sertai aktiviti cabutan bertuah. Ini klip videonya:

Senarai Hadiah

  • Hadiah pertama: Proton Saga MC3 (satu unit)
  • Hadiah kedua: Yamaha Y15ZR  (satu unit)
  • Hadiah ketiga: Modenas Z15GT  (satu unit)
  • Hadiah keempat: Honda Wave Alpha 110 (satu unit)
  • Hadiah kelima: Basikal jenama KTM  (dua unit)
  • Ratusan hadiah sagu hati disediakan untuk peserta peraduan.

Tempoh Peraduan

Peraduan RK-M Malaysia Beli dan Menang itu bermula 1 Julai 2026 sehingga 30 September 2026.

Bila Pengumuman Pemenang?

Pemenang kempen ini akan diumumkan secara langsung (live) menerusi Facebook RK-M dan pengumuman mengenai ini akan dibuat dari semasa ke semasa.

Beli Dimana?

Ada tiga cara untuk anda dapatkan set rantai bersama sproket edisi terhad RK-M Merdeka Edition iaitu melalui: