CFMOTO Aura 150: Bila skuter neo-retro ini akan lancar di Malaysia?

Sudah dua kali kami saksikan kelibat skuter CFMOTO Aura 150 ditayangkan kepada umum dalam tempoh kurang 40 hari.

Kali pertama sudah tentunya di Mforce MotoXperience 2026 sempena Malaysia Bike Show di MAEPS Serdang. Salah satu model yang banyak dikerumuni kaum hawa dan anak muda.

Keduanya, ada di sudut ruang pameran bersempena majlis pelancaran CFMOTO Flagship Store di Kuala Selangor baru-baru ini.

Bila agaknya CFMOTO Malaysia akan lancar skuter CFMOTO Aura 150? Ramai pengedar sudah membuat hebahan tentang kedatangan skuter ini sejak beberapa bulan lalu.

Siapa Pesaing CFMOTO Aura 150?

CFMOTO Aura 150 didatangkan dengan bentuk gayaan neo-retro. Mungkin ini akan bersaing dengan Vespa dan Royal Alloy memandangkan Lambretta tidak menawarkan produk berkapasiti sama.

Kekuatan Vespa sudah tentunya pada aspek warisan, legasi dan gaya hidup…. namun, Aura 150 ada kelebihan tersendiri kerana faham apa orang muda mahu daripada sebuah skuter ‘bergaya’ mahal. Betul ke?

Spesifikasi CFMOTO Aura 150

Apapun ini adalah apa yang terkandung pada skuter CFMOTO Aura 150:

  • Sistem pencahayaan lampu LED penuh, meter TFT  6.2 inci berwarna boleh sambung dengan telefon pintar.
  • Ada balancer dalam enjin untuk kurangkan kesan getaran (vibration).
  • Enjin satu silinder 149.5cc dengan sistem penyejukan cecair, berkuasa 11.8kw @ 8,500rpm dan tork 14.3Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi CVT dengan tali sawat.
  • Ada sistem Idle Start Stop
  • Tayar depan belakang 110/70 – 12
  • Fork teleskopik biasa dan absober berkembar
  • Brek depan cakera 220mm kaliper 2 piston
  • Brek belakang cakera 190mm kaliper 1 piston
  • Sistem ABS depan-belakang dan ada Traction Control. Khabarnya boleh on-off.
  • Saiz skuter 1,901mm panjang
  • Lebar 735mm
  • Tinggi 1,121mm
  • Tinggi tempat duduk 770mm
  • Tangki minyak 8 liter
  • Berat kasar 132kg
  • Ada TPMS, kamera papan pemuka (dashcam) depan-belakang, boleh akses sistem navigasi MotoPlay,] serta pemanas grip bar hendal.
  • Ada USB Type-A dan Type-C

Galeri Gambar CFMOTO Aura 150 Malaysia